CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Nahas Van Genting Highlands Sepatutnya Pulang Lebih Awal

8-2-2023 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2430| Komen: 10

“Mereka bertolak ke sana (Genting Highlands) sejak tengah malam kelmarin dan sepatutnya balik ke sini (Pulau Pinang) lebih awal. Tapi, kemalangan yang berlaku petang tadi sungguh mengejutkan.”

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Machang Bubok, Teoh Kain Foo ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini berkata, mangsa nahas di Genting Highlands sepatutnya pulang lebih awal.



“Mereka bertolak ke sana (Genting Highlands) sejak tengah malam kelmarin dan sepatutnya balik ke sini (Pulau Pinang) lebih awal. Tapi, kemalangan yang berlaku petang tadi sungguh mengejutkan," katanya.

Menurutnya, sebahagian besar daripada mangsa termasuk yang maut dalam kemalangan ketika turun dari Genting Highlands itu berasal dari Perkampungan Machang Bubok, di sini.

“Ketika ini, kebanyakan waris dan ahli keluarga mangsa sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan Bentong (Pahang) untuk proses pengecaman mayat dan sebagainya.


“Saya berharap semuanya berjalan dengan lancar,” katanya yang memberitahu, mereka ke sana untuk melancong sempena cuti Thaipusam, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang tadi, tujuh daripada 15 individu disahkan maut selepas van dinaiki terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerpressor 8-2-2023 09:40 PM
Mangsa kesemuanya warga senja...late 60's 70's.....

Pemandu ngantuk ghasernya....
Quote sharlenetexas 8-2-2023 09:51 PM
Billboard iklan apa tu? Mcm bedak nyonya.



Quote kepompong 8-2-2023 09:56 PM
sharlenetexas replied at 8-2-2023 09:51 PM
Billboard iklan apa tu? Mcm bedak nyonya.

kalau kat tempat i, billboard gambar pompuan macam ni , besar2 tulis “Master Paw” ( contoh kalau nama pomouan dlm gambar tu Paw… alala penilik nasib gitu la… tak pasti fengshui ke. Haih .. pompuan yg dlm gambar tu mesti percaya superstition… ayoyo.. bad luck
Quote ninja boy 8-2-2023 10:10 PM
Iklan feng shui merata2
Quote LoveSungmin 8-2-2023 10:14 PM
1675865562162.jpg 1675865553846.jpg 1675865557738.jpg 1675865549144.jpg
kredit: china press
Quote blue_blur 8-2-2023 10:23 PM
peh.. jalan licin + muatan penuh dengan bagasi lagi + mungkin absorber dah tak fungsi = fuh..............
Quote belilies 8-2-2023 10:50 PM
Yang nahas laki bini cikgu meninggal dedua aritu ada ke? Jenuh iols cari berapa page tak jumpa2. Penuh dengan sarap spam thread je. News kes bunuh oleh geng2 polis di tawau pun baru arini iols nampak
Quote Azharitubunga 9-2-2023 12:37 AM
belilies replied at 8-2-2023 10:50 PM
Yang nahas laki bini cikgu meninggal dedua aritu ada ke? Jenuh iols cari berapa page tak jumpa2. Pen ...

Yang cikgu laki bini tak ada nampak
Kes bunuh tawau tu ada
Quote downiey 9-2-2023 05:37 AM
salam takziah
Quote belilies 9-2-2023 07:36 AM
Azharitubunga replied at 9-2-2023 12:37 AM
Yang cikgu laki bini tak ada nampak
Kes bunuh tawau tu ada

Ya, yg kes tawau tu baru kelmarin nampak. Yg kes satu lagi tu xnampak langsung

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.320555 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top