CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setiap Pagi Jiran Buang Air Kecil, Tuala Wanita Dari Tingkap Rumah

8-2-2023 09:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1637| Komen: 11

Seorang lelaki di Toa Payoh, Singapura, mendedahkan sikap pengotor seorang jirannya yang gemar membaling sisa buangan dari cermin tingkap rumah pada setiap pagi, lapor portal berita Coconuts semalam.


Jijik melihat perangai pengotor seorang penduduk di Toa Payoh, Singapura.


FB

Perkara itu dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Valiant Khong itu menerusi kumpulan perbincangan di laman Facebook, Complaint Singapore.

Menerusi hantaran itu, Valiant mendakwa jirannya gemar membaling sisa buangan dari cermin tingkap rumah setiap pagi.



Malah, dia turut berkongsi klip video memaparkan sikap jelik penduduk di kejiranan tersebut.


Dalam video itu, seorang jiran dilihat menuang satu cawan cecair berwarna kekuningan yang dipercayai air kencing keluar dari tingkap sebuah unit blok kediaman tiga tingkat.

Valiant berkata, individu tersebut melakukan perbuatan itu setiap pagi di antara pukul 5 hingga 6 pagi (waktu tempatan).

Antara bahan buangan yang sering dilontar  dari tingkap termasuk puntung rokok, tuala wanita, tisu dan sisa makanan.



Tambah Valiant, beberapa aduan telah dikemukakan kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEW) namun, tiada sebarang tindakan dilakukan sejak beberapa bulan lalu. 

Menurutnya, pihak berkuasa hanya mengeluarkan surat amaran dan enggan memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

“Saya menggesa pihak berkuasa supaya melakukan sesuatu. 

“Terdapat kanak-kanak di kawasan kejiranan ini. Ia amat tidak bersih dan tidak sihat kebelakangan ini.

“Singapura merupakan sebuah negara maju di mata dunia. Justeru, kita perlu menghentikan pelaku daripada melakukan kesalahan yang sama,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 8-2-2023 10:14 PM
B40 versi singapore.patutla warga sana hepi betul bila kawin dengan orang mesia,duk umah kampung..petang2 layan mancing.
Quote CiliPadiSedap 8-2-2023 10:19 PM
dh agak dah bawa perangai main land kencing merata, dia fikir jamban dia bawah bangunan ke?
Quote downiey 9-2-2023 05:41 AM
jijiknye...
Quote helicornia 9-2-2023 07:14 AM
Pendatang Dr mainland china kah?
Quote bulalof 9-2-2023 07:35 AM
kencing berak pun masih mcm zaman ahiliah, lagi nak claimed negara termaju?
Quote Antifake 9-2-2023 08:53 AM
Baik tenggek aje bontot tu kat birai tingkap
Quote babelina 9-2-2023 10:56 AM
Omg.. jijiks nye.. oengotor nk mamposss..
Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 11:01 AM
jijikssss
Quote gangerina 9-2-2023 11:35 AM
malaysia patut ada channel cam ni, ala2 UTC utk komplen perangai jijiks...
Quote Decaffeinated 9-2-2023 12:23 PM
Tengok persekitaran dan general condition bangunan tu bertiang lebih elok dari flet pprt dbkl.

In Singapore, cases macam ni exception. Sekejap ja settle.
Quote intan244 9-2-2023 10:17 PM
apa motif dia

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.107080 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top