CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertelan Jarum Peniti Ketika Pakai Tudung

8-2-2023 09:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1263| Komen: 6

Tular di media sosial Indonesia video yang memaparkan imbasan X-ray menunjukkan jarum peniti dalam badan seorang wanita.

Suara.com melaporkan, video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @hanyafototulang dan dikongsikan dalam akaun Instagram @terangmedia memaklumkan pesakit secara tidak sengaja tertelan sebatang jarum ketika hendak memakai tudung. Dia meletakkan jarum itu pada mulutnya sebelum ditelan.



Tangkap layar memaparkan imbasan X-ray badan seorang wanita. - TikTok

“Sekadar mengingatkan, ini imbasan X-ray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu didiagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan benda asing dalam tubuh. 

“Ini kes wanita berhijab tetapi meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.

“Nampak tak? Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” kata perakam tersebut.




Video itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 11:37 AM
budak2 prmpn yg pakai shawl nih selalu sepah2 jarum peniti
Quote noor2 9-2-2023 11:40 AM
Kalau x bodoh..bukan indon..

Ko pakai tudung kat mulut ke apa..
Cane jorum boleh masuk dlm mulut..aku pun x faham..benda2 bahaya ko letak kat mulut ke apa
Quote sangbara2020 9-2-2023 02:43 PM
kisahnya masa nak pakai tudung..jarum tu taruk kat bibir,,..pastu melatah terus tertelan...
Quote dekmieDandy 9-2-2023 03:56 PM
yang adik aku pulak, orang cucuk kat kelepet tudung tu

dia bantai cucuk mata

sib baik tak buta
Quote DeLuna85 10-2-2023 03:20 AM
Ada je kisah dari seberang ni. Mesti jenis letak jarum d mulut ni.
Quote tepisket.. 10-2-2023 07:34 AM
noor2 replied at 9-2-2023 11:40 AM
Kalau x bodoh..bukan indon..

Ko pakai tudung kat mulut ke apa..

Ya betul. Masa betulkn tudung jarum tu dia kemam kat mulut. Patutnya letak la kat span ke.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.295865 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top