Tular di media sosial Indonesia video yang memaparkan imbasan X-ray menunjukkan jarum peniti dalam badan seorang wanita.
Suara.com melaporkan, video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @hanyafototulang dan dikongsikan dalam akaun Instagram @terangmedia memaklumkan pesakit secara tidak sengaja tertelan sebatang jarum ketika hendak memakai tudung. Dia meletakkan jarum itu pada mulutnya sebelum ditelan.
Tangkap layar memaparkan imbasan X-ray badan seorang wanita. - TikTok
“Sekadar mengingatkan, ini imbasan X-ray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu didiagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan benda asing dalam tubuh.
“Ini kes wanita berhijab tetapi meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.
“Nampak tak? Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” kata perakam tersebut.
Video itu mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.
Sumber: Kosmo |