CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Khabar Angin Di Media Sosial Je' - TFC Nafi Akhyar Pindah Ke Terengganu

8-2-2023 08:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 479| Komen: 0

Berita mengenai perpindahan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Akhyar Abdul Rashid ke Terengganu dinafikan erengganu FC (TFC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh berkata, berita tersebut sekadar khabar angin kerana tiada sebarang perbincangan antara TFC dengan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.


Beliau berkata, pihaknya hanya mengetahui perkembangan tersebut melalui portal dan media sosial yang belum dipastikan kesahihannya.


IG

"Saya tidak tahu menahu perkara itu (perpindahan Akhyar Rashid)....hanya khabar angin di media sosial," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Beberapa portal sukan sebelum ini mendakwa Akhyar yang kerap memanaskan bangku simpanan skuad Harimau Selatan bakal dipinjamkan ke skuad Penyu musim ini.

Kehadiran pemain berusia 24 tahun itu dikatakan bagi menggantikan pemain sayap lincah, Faisal Halim yang berpindah ke Selangor FC musim ini. 



Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.301840 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top