Penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2015, Sharul Kamal kecewa dengan sikap stesen TV yang lebih memilih 'artis tular' seperti Ratu Farah untuk diangkat dan diberi peluang muncul di kaca TV.
Dalam ciapannya di Twitter, Sharul turut mengulang ciap (retweet) hantaran yang dimuat naik Twitter program MeleTop yang memaparkan wanita 'berbakat' itu sedang membuat persembahan. "Saya ini bekerja keras bertahun-tahun nak buat lagu yang ada kualiti dan kemudian, nak promosi lagi di program TV yang ada 'rating' tinggi seperti MeleTop. "Tapi, sayang. Selalu dapat jawapan 'Nanti kami semak slot'. Apakan daya, kualiti begini yang ditagihkan," tulisnya.
Rata-rata netizen menyokong apa yang ditulis Sharul itu dan memberikan semangat kepadanya untuk terus berkarya. Terdahulu, MeleTop memuat naik hantaran video Ratu Farah yang cukup dikenali di aplikasi TikTok. |
rain2169 replied at 8-2-2023 06:29 PM
Masa ternampak si ‘latu’ tu keluar kat meletop….
Terus kami tukaq chanel….
Selubung replied at 8-2-2023 08:22 PM
I dah lama perasan media kita ni bukannya nak jemput org yg betul2 dlm bidang tu. Terkejut noks bila ...
dudaberhias replied at 8-2-2023 01:43 PM
sebab lagu sekarang semua bergantung pada rupa paras penyanyi... herlok ke tidak itu yang deorang ...
dua_chzy replied at 8-2-2023 09:55 PM
Tak juga kak Duds. Bergantung nasib juga. Macam Andmesh Kamaleng tu lagu meletop2 walau rupa persi ...
ADVERTISEMENT