CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Maut, 9 Cedera Van Terbabas, Langgar Penghadang Jalan Ketika Turun Genting Highlands

8-2-2023 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 986| Komen: 2

BENTONG – Enam maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di sini hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu berlaku ketika van yang dinaiki 15 orang sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.


Foto: kosmo

“Seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain mengalami kecederaan.

“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital,” katanya di sini hari ini. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 9-2-2023 08:20 AM
seomga keluarga tabah
Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 11:25 AM
salam takziah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.290348 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top