CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warden Puspen Teresak-Esak Jumpa Keluarga Lepas Didakwa Bunuh Seorang Pelatih

8-2-2023 03:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 749| Komen: 1

Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak pada Rabu mendakwa warden dan pelatih Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) Perlop atas tuduhan membunuh seorang pelatih lain, minggu lalu.

Warden, Nur Aslam Faizal, 35, dan pelatih Suffian Effendy Kadri, 30, mengangguk faham selepas tuduhan terhadap mereka dibaca serentak di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ia melibatkan kes bunuh.


Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Rabu. - Astro AWANI

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang pelatih lain, Mohd Ali Mohd Nor, 50.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Puspen Perlop, kira-kira jam 10.30 pagi, 31 Januari lalu.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 10 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.S Vitthiyeswary manakala Nur Aslam diwakili peguam Keshvinder Singh tetapi Suffian Effendy tidak diwakili peguam.

Suasana hiba menyelubungi kamar mahkamah apabila Nur Aslam menangis teresak-esak selepas dibenarkan bertemu kaum keluarga selama lima minit.

Pada 31 Januari lalu, media melaporkan seorang pelatih serta tiga kakitangan Puspen Perlop, ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang pelatih pusat pemulihan itu, yang disyaki dibunuh.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati kecederaan pada belakang badan mangsa akibat dipukul menggunakan objek tumpul.


Sumber: AWANI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 8-2-2023 04:47 PM
dah buat benda pelik2 baru ingat family semua..
sheeshh

abis yg mati tu takde family??

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.028630 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top