CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 517|Reply: 1

Warden Puspen Teresak-Esak Jumpa Keluarga Lepas Didakwa Bunuh Seorang Pelatih

[Copy link]
Post time 8-2-2023 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Majistret Sungai Siput, Perak pada Rabu mendakwa warden dan pelatih Pusat Pemulihan Narkotik (Puspen) Perlop atas tuduhan membunuh seorang pelatih lain, minggu lalu.


Warden, Nur Aslam Faizal, 35, dan pelatih Suffian Effendy Kadri, 30, mengangguk faham selepas tuduhan terhadap mereka dibaca serentak di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana ia melibatkan kes bunuh.




Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Rabu. - Astro AWANI





Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang pelatih lain, Mohd Ali Mohd Nor, 50.


Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Puspen Perlop, kira-kira jam 10.30 pagi, 31 Januari lalu.


Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.


Mahkamah menetapkan 10 April hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.S Vitthiyeswary manakala Nur Aslam diwakili peguam Keshvinder Singh tetapi Suffian Effendy tidak diwakili peguam.


Suasana hiba menyelubungi kamar mahkamah apabila Nur Aslam menangis teresak-esak selepas dibenarkan bertemu kaum keluarga selama lima minit.


Pada 31 Januari lalu, media melaporkan seorang pelatih serta tiga kakitangan Puspen Perlop, ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang pelatih pusat pemulihan itu, yang disyaki dibunuh.


Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati kecederaan pada belakang badan mangsa akibat dipukul menggunakan objek tumpul.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 04:47 PM | Show all posts
dah buat benda pelik2 baru ingat family semua..
sheeshh

abis yg mati tu takde family??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 64876 Replies : 2044
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 36271 Replies : 112
Benda boleh bincang buat apa gaduh:kalau penat jangan kerja kau duduk rumah !!” Wanita bertekak dengan kakitangan bas terminal 17 shah alam
YgBenarBenda boleh bincang buat apa gaduh:kalau
Views : 69568 Replies : 75
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105595 Replies : 1678
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69220 Replies : 590
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 106925 Replies : 6054
Rakyat Malaysia dinasihat berjaga-jaga bercuti ke selatan Thailand sempena Deepavali
AbahmungRakyat Malaysia dinasihat berjaga-jaga b
Views : 34594 Replies : 10
Berita Fattah yang ke 23:Menerusi live tiktok dengan tanda suka 22 juta,Fattah memberitahu akan membangunkan empayar perniagaan sendiri serta melancarkan produk secara ‘live’
YgBenarBerita Fattah yang ke 23:Menerusi live t
Views : 15578 Replies : 250
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 18429 Replies : 17
Tesla buat hal lagi, 4 terbunuh
maklukpenggodaTesla buat hal lagi, 4 terbunuh
Views : 27241 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040664 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list