Kehadiran anjing liar yang mengganggu ketenteraman penduduk sekitar kawasan Sungai Bajar, Kuala Berang terutama pada awal pagi dan malam membuat mereka tidak tahan lagi dengan ancaman daripada haiwan berkenaan.
Masakan tidak, terdapat kira-kira 10 ekor anjing yang berkeliaran di kawasan itu sejak sebulan lalu. "Sebelum ini hanya terdapat seekor dua sahaja anjing liar tapi dalam tempoh sebulan ni makin banyak pula anjing-anjing lain yang datang dan membiak di sini. Tak tahu datang dari mana. "Walaupun belum ada lagi kes-kes cedera akibat diserang anjing, namun jumlah yang agak banyak mengganggu aktiviti dan ketenteraman penduduk di sini," kata pekerja kedai perkakasan rumah, Izan Nashima Zakaria, 31, ketika dihubungi Sinar Harian, di sini pada Rabu.
Menurut Izan Nashima, dia juga kerap terserempak dengan insiden anjing-anjing tersebut mengejar penduduk di kawasan itu yang lari kerana ketakutan. "Saya sendiri pun sudah tidak berani berjalan seorang diri untuk ke tempat kerja. Terpaksa tumpang orang kerana bimbang dikejar anjing liar. "Anjing-anjing ini biasanya akan berkeliaran pada waktu senja, malam dan sebelah pagi. Kebanyakan mereka yang keluar pada waktu itu akan terserempak dengan anjing-anjing tersebut. "Haiwan itu juga dilihat sering berkumpul dan 'berehat' di kaki lima kedai tempat saya bekerja," katanya. Izan Nashima memberitahu, selain mengganggu ketenteraman, kehadiran anjing-anjing liar tersebut turut mencemarkan kebersihan di kawasan itu. "Najis yang ditinggalkan di merata-rata tempat menjejaskan kawasan ini malah ia juga dikhuatiri menceroboh masuk ke dalam kedai makan yang beroperasi di sini. "Pendek kata, kami yang selalu berada di kawasan ini sama ada mereka yang bekerja atau penduduk di sini amat tertekan dengan kehadiran anjing-anjing liar itu," luahnya. Katanya, dia difahamkan perkara itu telah diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah itu namun sehingga kini tiada tindakan diambil. "Saya diberitahu sudah banyak aduan dibuat namun ia seolah-olah dipandang sepi. Kami agak kesal kerana tiada pihak yang datang memantau kehadiran anjing-anjing liar di kawasan ini," ujarnya. Sumber: Sinar Harian |
damsel_fiji replied at 8-2-2023 03:24 PM
rasanya satu malaysia ni dah berleluasa anjing liar merata2..nk kluar mana2 pun x senang rasa
ADVERTISEMENT