CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mufti Kecewa Ramai Orang Islam Termasuk Kanak-Kanak Ikut Berarak Bersama Pedati, Sorak 'Vel-Vel'

8-2-2023 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3256| Komen: 42

GEORGE TOWN – Orang Islam terutamanya genarasi baharu dilihat semakin tidak sensitif dengan perkara yang boleh merosakkan iman serta akidah mereka.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video tular menunjukkan sekumpulan Muslim termasuk kanak-kanak berarak bersama pedati menyorak perkataan ‘vel-vel’.


Video tular berdurasi 45 saat itu didakwa berlaku di Pulau Pinang namun tiada sebarang pengesahan daripada pihak berwajib mengenainya setakat ini.




Menurut Wan Salim, umat Islam dilarang (haram) menyertai aktiviti yang berkait dengan upacara keagamaan orang bukan Islam kerana dibimbangi perbuatan sedemikian boleh merosak keimanan mereka kepada agama Islam.

“Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.


“Selain itu, ibu bapa, pendidik dan pimpinan masyarakat juga perlu memainkan peranan menjelaskan kepada generasi baharu umat Islam tentang hukum haram bagi kita menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain,” katanya hari ini.



Tambah beliau, pihaknya bimbang orang Muslim tersalah dalam memahami konsep toleransi beragama.

“Toleransi bermaksud rakyat Malaysia hendaklah menghormati kesemua agama yang dianut oleh kaum- kaum di negara ini.

“Bagi Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertataan umat Islam dalam upcara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim,” kata beliau. –CARI

Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 8-2-2023 03:10 PM
Macam india muslim je
Quote prettyuglybabe 8-2-2023 03:32 PM
dkk kot.. sekadar memeriahkan budaya atok nenek..
Quote dua_chzy 8-2-2023 03:52 PM
Leluhur kot.

Bukan Melayu original. So difahami la.
Quote blue_blur 8-2-2023 04:03 PM
perspektif lain, mufti tak kecewa dengan mana2 authority atau mana2 pemegang jawatan berkaitan agama atau apa2 lah, yang membiarkan lebih parah pada generasi2 baru?

kalau nak petik dia dah besar boleh fikir, dia buat dia tanggung, etc..... tak perlu lah kot timbul isu kecewa.......

yang selatan awal2 dah setelkan hal ni secara rasmi kan..........
Quote misc 8-2-2023 04:27 PM
Yang budak2 tak hairan la sebab maybe tak faham bahasa lagi. Tapi yang tua bangka tu bodoh bengap takleh beza agama dgn adat. Lain kali tolong cabut buang tudung sebelum join vel2 tu.
Quote ChildrenOfBodom 8-2-2023 04:39 PM
mufti ni kalau salah laku akidah oleh orang besaq2 kotey dan teloq teruih hilang nak tegoq. munafik mcm sial
Quote sharlenetexas 8-2-2023 04:53 PM
Vel2 tu apa maknanya?

Quote stingerpressor 8-2-2023 04:56 PM
sharlenetexas replied at 8-2-2023 04:53 PM
Vel2 tu apa maknanya?

Vellfire....
Quote nononcrux 8-2-2023 04:59 PM
dua_chzy replied at 8-2-2023 03:52 PM
Leluhur kot.

Bukan Melayu original. So difahami la.

I just had the same thought.
Quote darkness 8-2-2023 05:12 PM
Leluhur dr mana dorang ni?
Quote missyL 8-2-2023 05:30 PM
Teringat plk cny aritu laki iols nk ajak pg kuil semayang tp bkn semayang lah just dok kt luar.
Pil x bg tkut viral haahhaha

Quote AbukRokok 8-2-2023 05:43 PM
dah agak dah mesti pompuan
Quote ultra78 8-2-2023 05:45 PM
generasi tiktok la kan
Quote Suchi 8-2-2023 05:57 PM
Edited by Suchi at 8-2-2023 05:58 PM
sharlenetexas replied at 8-2-2023 04:53 PM
Vel2 tu apa maknanya?


Velvel tu menda yg mcm lembing tu, maksud dia lembing kemenangan. Kalau tak salah laaa
Quote sekngucing 8-2-2023 06:00 PM
sharlenetexas replied at 8-2-2023 04:53 PM
Vel2 tu apa maknanya?

lembing dewa muruga
Quote umbut 8-2-2023 06:18 PM
Biasalah budak2.. aku waktu kecil pun selalu buat ala2 nun paderi or sembahyang cina tu hasil tgk tv buat main
Quote FOTHER-MUCKER 8-2-2023 06:58 PM
Di India pun sama setengah orang Islam masuk rumah ibadat hindu untuk upacara …
Quote Decaffeinated 8-2-2023 09:24 PM
Kenapa nak tergelincir akidah kalau buat suka2 (or mengade2) or berpura2?

Quote bunnyj3lly 8-2-2023 09:56 PM
Decaffeinated replied at 8-2-2023 09:24 PM
Kenapa nak tergelincir akidah kalau buat suka2 (or mengade2) or berpura2?

Sebab mmg tak boleh kan.. boleh jatuh syirik. Terkeluar agama ni boleh jd melalui lintasan hati, percakapan dan perbuatan. Suka suka ke, serius serius ke.. both boleh buat tergelincir dari laluan licin yang menyesatkan.. gittewwww

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.325343 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top