CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Danial Zaini Tak Serik Jadi Pengacara Walau Dikecam Teruk Oleh Netizen

8-2-2023 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1336| Komen: 6

Danial Zaini memberitahu tidak serik untuk kembali mengacara program televisyen (TV) walaupun pernah dikecam sewaktu mengendalikan program realiti stesen TV berbayar, tahun lalu.

Menurut Danial atau nama sebenar Mohamad Danial Mohd Zaini, dia tidak pernah kecewa dengan apa yang telah berlaku, sebaliknya netizen yang memanaskan lagi keadaan.


Foto: IG

“Saya masih menerima beberapa tawaran mengacara walaupun dikecam teruk sebelum ini. Saya tidaklah sampai tahap serik untuk kembali mengacara selepas ini, boleh sahaja panggil saya.

“Tetapi, saya risau orang lain serik lihat saya mengacara. Ada yang kata saya kecewa, tetapi sebenarnya saya baik sahaja di rumah.

“Selepas kejadian itu, saya kurang mengacara, tetapi saya baik sahaja. Cuma, netizen menggembar-gemburkannya.

“Bagaimanapun, saya gembira dengan apa yang berlaku kerana sekurang-kurangnya dapat belajar perkara baharu,” katanya.



Danial ditemui semasa Majlis Pelancaran Restoran Paku & Pontianak cawangan kedua yang bertempat di Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Tambahnya, dia menganggap segala apa yang berlaku adalah pengajaran buat dirinya.


“Selepas kejadian itu barulah saya faham, bidang pengacaraan ini tidak hanya perlu mengikut skrip sepenuhnya.

“Ada masa perlu ikut dan ada masa perlu lari sikit daripada skrip bergantung kepada situasi ketika itu.

“Tidak semua perlu berpandukan skrip, cuma perlu faham perjalanan program dan selebihnya terpulang kepada kreativiti pengacara itu,” jelasnya.



Pada masa sama, Danial turut menegaskan bahawa sensitiviti umum tetap menjadi keutamaan ketika mengacara.

“Sudah tentu sensitiviti perlu menjadi keutamaan ketika mengacara, tetapi dalam masa sama, kita perlukan hiburan. Program televisyen perlukan elemen kelakar dan kontroversi.

“Perkara ini tidak dapat dielakkan, apa sahaja program sangat memerlukannya. Ia sudah masuk kategori wajib, kalau tidak ada, maka tak seronok,” ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Danial kini mengusahakan Restoran Paku & Pontianak yang baru dibuka secara rasmi, baru-baru ini.

Restoran yang mengetengahkan konsep menghargai wanita itu menyediakan pelbagai juadah seperti Australian Black Angus Grain Fed Tomohawk Steak, Ribeye Steak, Sirloin Steak, Lamb Moussaka dan banyak lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-2-2023 12:47 PM
so much mamak kepham nowadays
Quote sayurmayur88 8-2-2023 01:30 PM
sape ni? x kenal
Quote rayna_raynes 9-2-2023 12:27 AM
dia ni mengacara taklah teruk sgt tapi dia tak boleh carry show sebesar GV lagi. kena banyak practice lagi
suara dia sedap jugak, articulation bagus, bila dia baca promo, tone dia sedap.
Quote rayna_raynes 9-2-2023 12:28 AM

ni yang ganti nabil kat GV masa bapak nabil meninggal haritu, yg teruk kena kecam

Quote bulalof 9-2-2023 08:17 AM
berilmu sedikit lebih baik. carilah ilmu. bukan jaja kebodohan.
Quote rosedemon 9-2-2023 08:27 AM
who are yus? semak la

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.030515 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top