CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 4 Tahun Penduduk Di Sungai Petani Menderita Tak Ada Air Bersih

8-2-2023 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 976| Komen: 16

SUNGAI PETANI: Kira-kira 2,000 penduduk di Taman Seri Bayu 2, Sungai Lalang di sini me­minta Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) menyelesaikan masalah bekalan air bersih di kawasan mereka yang kini sudah berlarutan hampir empat tahun.


Penduduk mendakwa, perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat telah beberapa kali dilakukan sebelum ini, namun tidak juga menyelesaikan masalah di taman perumahan yang memiliki 600 unit kediaman itu.

Seorang daripada mereka, Abdul Hamid Said, 72, berkata, masalah tersebut dijangka berlarutan menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.


Foto:Utusan

“Penduduk di kawasan lain mudah sahaja dapat air bersih setiap hari berbanding penduduk di Taman Sri Bayu 2 ini.

“Air dihantar ke rumah penduduk dua hari sekali ketika ini tak cukup dan tak dapat tampung permintaan, jika hendak minum air bersih pula kami perlu beli air botol di luar,” katanya ketika ditemui semalam.


Seorang lagi penduduk, Azmi Sezali, 47, berkata, bekalan air daripada tangki rumah mereka juga didapati berkarat dan menyebabkan perlu bergantung kepada air yang dihantar lori.

Katanya, penduduk pasti rasa lega jika air dihantar ke rumah mulai pukul 7 hingga 9 pagi setiap hari diikuti waktu malam.

Seorang pekerja kilang, Naemah Saffiee, 37, yang mendiami perumahan itu berkata, bil air tetap sampai ke rumah setiap bulan walaupun kualiti air tidak dinikmati mereka selama ini.

“Saya terpaksa kongsi masalah ini dalam Facebook bagi cari penyelesaian,” katanya.

Seorang suri rumah, Razmiza Izhan Abdul Rashid, 46, berkata, gangguan bekalan air sudah kritikal sejak tiga tahun lalu.

“Tangki air yang ada di kawasan ini sudah tidak berfungsi, SADA perlu baiki tanpa perlu beri banyak alasan,” katanya.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Bayu 2, Omar Ismail, 50, berkata, penduduk sudah tidak tahan lagi apabila berada dalam situasi sedemikian rupa.

Utusan Malaysia akan mendapatkan maklum balas daripada SADA. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 8-2-2023 11:16 AM
kalau kat selangor ni abes depan SUK kena demo
Quote pekanwoohoo 8-2-2023 11:18 AM
# PNBest!

Walaaunnntittt
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 11:40 AM
oh malaysia ku
Quote akies 8-2-2023 11:51 AM
Sesetengah area di sg petani ni mmg ada masalah sikit dengan air. Taktau la kenapa SADA tu tak boleh nak handle.
Penah sekali thn lepas , masa raya ..air slow je..pastu takde air.. haru betull.

Quote cik_ingeniare 8-2-2023 11:57 AM
Kritikal sangat masalah air kat Sungai Petani dah lah takde notis bekalan air terganggu ke apa.. tau tau takde air bila bukak paip kat sinki.. sehari dua boleh tahan lagi.. ni dah sampai tiap tiap minggu acara takde air.. kalah negeri selangor.. okay done mengadu domba nasib seorang perantau
Quote Denco 8-2-2023 11:59 AM
harkktuih replied at 8-2-2023 11:16 AM
kalau kat selangor ni abes depan SUK kena demo

wajib la kan...klu negeri lain , pegi mam katanya, x penting pun
Quote cikatilia 8-2-2023 12:05 PM
pastu tanda lagi pasukan yg sama kat atas tu
Quote kucingitam 8-2-2023 12:35 PM
nusi mana nusi?
Quote akies 8-2-2023 12:39 PM
cik_ingeniare replied at 8-2-2023 11:57 AM
Kritikal sangat masalah air kat Sungai Petani  dah lah takde notis bekalan air terganggu ke apa ...

Pindah la cik. Cari rumah area lain
Iols kalau balik SP..dengan sesak nya..cuaca panas terik..kalau ayak slow..haruuu
Quote cik_ingeniare 8-2-2023 12:52 PM
akies replied at 8-2-2023 12:39 PM
Pindah la cik. Cari rumah area lain
Iols kalau balik SP..dengan sesak nya..cuaca panas terik ...

Itulah.. meols tengah riki riki tempat baru nak pindah tak boleh sabar kalau takdaq ayaq.. haruuu sungguh
Quote tripleid 8-2-2023 01:00 PM
Edited by tripleid at 8-2-2023 01:27 PM

Kafarah MB Nusi ugut nak bagi org Penang minum air selut..
Quote aHoi83 8-2-2023 01:52 PM
Rumah area selangor ni most of semua ade water filter dkt luar. Tambah lagi filter dlm rumah coway or cuckcoo sgt laris di selangor ni . Kalo area klang ni kebanyakan rumah landed dah tambah tangki air  samada tambah capcity atau tambah tangki ke-2.
Kesimpulannya i malas nk ulas pasal air kedah ke kelantan ke penang pahang johor dll. Sbb air dkt selangor di negeri termaju di Malaysia ni pun macam SIAL !!!!
Quote opie5662 8-2-2023 02:24 PM
Negeri lain pon ade masalah air jugak ye... Igt kan selangor je yg ade masalah air.. Kui kui kui.... Tiberrr skrg baru dgr [em:3:]
Quote opie5662 8-2-2023 02:25 PM
akies replied at 8-2-2023 11:51 AM
Sesetengah area di sg petani ni mmg ada masalah sikit dengan air. Taktau la kenapa SADA tu tak boleh ...

Tak penah lak tgk acik2 sg petabi meroyan dlm berita tb tiga suku.... Hahahahha
Quote akies 8-2-2023 03:13 PM
opie5662 replied at 8-2-2023 02:25 PM
Tak penah lak tgk acik2 sg petabi meroyan dlm berita tb tiga suku.... Hahahahha

Entah. Iols jarang tgk berita
Maybe diorg ni jenis bersabaaar banyak kut
Quote rosedemon 9-2-2023 08:17 AM
dah macam kelantan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.081034 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top