View: 806|Reply: 16
|
Dah 4 Tahun Penduduk Di Sungai Petani Menderita Tak Ada Air Bersih
[Copy link]
|
|
SUNGAI PETANI: Kira-kira 2,000 penduduk di Taman Seri Bayu 2, Sungai Lalang di sini meminta Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) menyelesaikan masalah bekalan air bersih di kawasan mereka yang kini sudah berlarutan hampir empat tahun.
Penduduk mendakwa, perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat telah beberapa kali dilakukan sebelum ini, namun tidak juga menyelesaikan masalah di taman perumahan yang memiliki 600 unit kediaman itu.
Seorang daripada mereka, Abdul Hamid Said, 72, berkata, masalah tersebut dijangka berlarutan menjelang Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
Foto:Utusan
“Penduduk di kawasan lain mudah sahaja dapat air bersih setiap hari berbanding penduduk di Taman Sri Bayu 2 ini.
“Air dihantar ke rumah penduduk dua hari sekali ketika ini tak cukup dan tak dapat tampung permintaan, jika hendak minum air bersih pula kami perlu beli air botol di luar,” katanya ketika ditemui semalam.
Seorang lagi penduduk, Azmi Sezali, 47, berkata, bekalan air daripada tangki rumah mereka juga didapati berkarat dan menyebabkan perlu bergantung kepada air yang dihantar lori.
Katanya, penduduk pasti rasa lega jika air dihantar ke rumah mulai pukul 7 hingga 9 pagi setiap hari diikuti waktu malam.
Seorang pekerja kilang, Naemah Saffiee, 37, yang mendiami perumahan itu berkata, bil air tetap sampai ke rumah setiap bulan walaupun kualiti air tidak dinikmati mereka selama ini.
“Saya terpaksa kongsi masalah ini dalam Facebook bagi cari penyelesaian,” katanya.
Seorang suri rumah, Razmiza Izhan Abdul Rashid, 46, berkata, gangguan bekalan air sudah kritikal sejak tiga tahun lalu.
“Tangki air yang ada di kawasan ini sudah tidak berfungsi, SADA perlu baiki tanpa perlu beri banyak alasan,” katanya.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Bayu 2, Omar Ismail, 50, berkata, penduduk sudah tidak tahan lagi apabila berada dalam situasi sedemikian rupa.
Utusan Malaysia akan mendapatkan maklum balas daripada SADA. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat selangor ni abes depan SUK kena demo |
|
|
|
|
|
|
|
oh malaysia ku |
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah area di sg petani ni mmg ada masalah sikit dengan air. Taktau la kenapa SADA tu tak boleh nak handle.
Penah sekali thn lepas , masa raya ..air slow je..pastu takde air.. haru betull.
|
|
|
|
|
|
|
|
wajib la kan...klu negeri lain , pegi mam katanya, x penting pun
|
|
|
|
|
|
|
|
pastu tanda lagi pasukan yg sama kat atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
cik_ingeniare replied at 8-2-2023 11:57 AM
Kritikal sangat masalah air kat Sungai Petani dah lah takde notis bekalan air terganggu ke apa ...
Pindah la cik. Cari rumah area lain
Iols kalau balik SP..dengan sesak nya..cuaca panas terik..kalau ayak slow..haruuu |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 8-2-2023 12:39 PM
Pindah la cik. Cari rumah area lain
Iols kalau balik SP..dengan sesak nya..cuaca panas terik ...
Itulah.. meols tengah riki riki tempat baru nak pindah tak boleh sabar kalau takdaq ayaq.. haruuu sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 8-2-2023 01:27 PM
Kafarah MB Nusi ugut nak bagi org Penang minum air selut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah area selangor ni most of semua ade water filter dkt luar. Tambah lagi filter dlm rumah coway or cuckcoo sgt laris di selangor ni . Kalo area klang ni kebanyakan rumah landed dah tambah tangki air samada tambah capcity atau tambah tangki ke-2.
Kesimpulannya i malas nk ulas pasal air kedah ke kelantan ke penang pahang johor dll. Sbb air dkt selangor di negeri termaju di Malaysia ni pun macam SIAL !!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri lain pon ade masalah air jugak ye... Igt kan selangor je yg ade masalah air.. Kui kui kui.... Tiberrr skrg baru dgr [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 8-2-2023 11:51 AM
Sesetengah area di sg petani ni mmg ada masalah sikit dengan air. Taktau la kenapa SADA tu tak boleh ...
Tak penah lak tgk acik2 sg petabi meroyan dlm berita tb tiga suku.... Hahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
opie5662 replied at 8-2-2023 02:25 PM
Tak penah lak tgk acik2 sg petabi meroyan dlm berita tb tiga suku.... Hahahahha
Entah. Iols jarang tgk berita
Maybe diorg ni jenis bersabaaar banyak kut
|
|
|
|
|
|
|
| |
|