CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sayur Di Pasar Basah Mahal- Ramai Mula Beli Dengan Pekebun, Di Pasar Raya Dan Pasar Mini

8-2-2023 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1402| Komen: 15

GEORGE TOWN -Golongan suri rumah kini dikatakan mula mengubah trend membeli sayur-sa­yuran dengan pekebun setempat selain pasar mini dalam kuantiti yang sedikit.

Rata-rata mengatakan, kenaikan harga mendadak bagi sayur-sayuran segar terutama yang dijual di pasar awam telah mengubah cara pembeliannya.


Ketika ini, sayur-sayuran se­perti kangkung, taugeh dan sawi yang kebanyakannya boleh didapati atau mudah ditanam pekebun setempat di negeri ini menjadi pilihan utama mereka.


Sayur Di Pasar Basah Mahal, Ramai Mula Beli Dengan Pekebun, Di Pasar Raya Dan Pasar Mini


Seorang suri rumah, Norhayati Mahmud, 60, berkata, dia lebih berpuas hati dan selesa membeli aneka sayur-sayuran hanya di pasar raya atau pasar mini berbanding di pasar basah.

Akuinya, harga pelbagai jenis tumbuhan hijau yang sudah siap dipek atau dibungkus dijual di pasar raya kini sememangnya amat berbaloi dari segi penetapan harga.


“Harga sayur-sayuran di ‘supermarket’ boleh didapati pada harga serendah RM2 dan RM3 sepeket terutama cili hidup, timun, bendi atau sawi.

“Buat apa nak belanja wang yang banyak semata-mata mahu membeli sayur. Cukup sekadar ambil syarat, sebagai pelengkap untuk menu masakan sahaja,” katanya kepada Kosmo!

Sementara itu, seorang lagi suri rumah, Farahidah Hasan, 40, menambah, kenaikan harga sayur sehingga 160 peratus terutama bendi di pasaran kini telah mengubah menu masakan kepada berkuah atau bersup dan goreng.

“Buat sementara waktu, saya kurang memilih beli sayur-sayur yang mahal seperti bendi, tomato, kacang panjang dan terung bulat yang kebiasaannya digunakan untuk membuat gulai atau kari ikan dan udang,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 8-2-2023 10:43 AM
Harga sayur kat kedai runcit ,pasar mini mmg Mahal.
Sejak2 ni dok mkn sauerkraut,pak choy,lobak putih.terpaksa beli bila tanaman tenggelam banjir tuhari
Quote nurul_akmar 8-2-2023 10:57 AM
kalau sayur, pasar basah mmg mahal.
Quote Orix 8-2-2023 10:59 AM
tgok gambar kobis terbayang dapnye kobis masak sos tiram ....... letak cendawan tiram, letak carrot letak daging... yummmeeehhh
Quote limesherbet 8-2-2023 10:59 AM
Edited by limesherbet at 8-2-2023 11:03 AM

Kat area sis ni ade pekebun sayur organic...i beli dari dia untuk support. Price reasonable. Ade sayur yg takde tu i beli tempat lain.
Quote bunnyj3lly 8-2-2023 11:14 AM
Tengok jugalaa.. ada pasar basah yang jual siap-siap ikat, 3 barang RM 5. Tapi kena beli setiap minggu la. Especially untuk sayuran yang cepat layu. Sayur mahal memang tak dapek den nak nolong... Salad2 kalau boleh cucuk tanam sendiri jela...
Quote ninja boy 8-2-2023 12:11 PM
Edited by ninja boy at 8-2-2023 12:15 PM

Senang2 tanam long bean bendi ulam raja campak benih tinggalkan 2-4 bulan air hujan kasi tumbuh tinggal kutip hasil, tanam dpn ofis tiada siapa mau curi. Sayur yg susah jaga atau dikacau binatang jgn tanam
Quote asamfish 8-2-2023 12:15 PM
Great!  Kuasa di tangan pembeli/pengguna.  Biar penjual rasainnnnnn....
Quote stingerpressor 8-2-2023 12:19 PM
asamfish replied at 8-2-2023 12:15 PM
Great!  Kuasa di tangan pembeli/pengguna.  Biar penjual rasainnnnnn....

Ko bukan klon pakar formula rapiji kheunz?

Kahkahkahkah
Quote She-Ra 8-2-2023 12:25 PM
suka beli waktu pasar pagi/tani di 53100
ada sorang pakcik tu niaga pelbagai jenis sayur & ulaman, syok tgk segar bugar pulak tu
harga pun berpatutan, kdg2 jenis "cincai la dekk,, ambik je" gituuuuu
Quote asamfish 8-2-2023 12:27 PM
stingerpressor replied at 8-2-2023 12:19 PM
Ko bukan klon pakar formula rapiji kheunz?

Kahkahkahkah

Saya tulen bangggg.......
Rapiji?  hu r yus?

Quote matamata 8-2-2023 12:29 PM
Pengguna put some extra effort untuk beli direct dari pekebun.. Good, kenak dgn pengeluar secara peribadi... Tgk sendiri mcm mana kebun tu...
Quote akies 8-2-2023 12:34 PM
Iols dh lama tak beli sayur kt pasar/pasar tani bagai semua tu. Mahal sgt.
Baik beli kt pasaraya besar mcm tesco/aeon sbb kadang2 price cut.
Quote kucingitam 8-2-2023 12:50 PM
pasar basah dan pasar tani memang mahal.. faham la juga, drg beli dr org tgh, so ada cost di situ. pasaraya beli secara borong, so harga lagi  murah..
Quote lasagnaklcc 8-2-2023 12:53 PM
Beli kat supermarket lagi murah dari beli kat pasar basah atau kedai acheh. Pasar malam pon murah. Pasar tani ikut nasib.
Quote rosedemon 9-2-2023 08:14 AM
i beli jaya grocer jewww tak main la syur pasar2 euw

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.706037 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top