CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Bantu Rakyat Katanya, Desak Keluar Duit KWSP Hanya Untuk Kejar Populariti?

8-2-2023 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2071| Komen: 22

Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin baru-baru ini mendakwa menerima lebih 1,800 permintaan daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahukan kerajaan meluluskan Tuntutan Pengeluaran Khas 2.0.


Kononnya ramai kini hidup susah sehingga ada terpaksa tidur di dalam kereta kerana tidak mampu untuk menyewa rumah, malah ada pasangan suami isteri bercerai akibat kesempitan hidup.

Persoalannya sekarang, mengapa mereka semua mengalami kesempitan hidup sehingga sedemikian rupa?


Foto: Kosmo

Adakah jika kerajaan meluluskan pengeluaran khas KWSP seperti sebelum ini iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang keseluruhannya berjumlah RM101 bilion, masalah kesempitan hidup mereka akan selesai?

Benar, mereka yang dalam kesusahan amat perlukan wang, tetapi sejujurnya pengeluaran wang simpanan untuk hari tua bukanlah penyelesaian terbaik.

Buktinya, KWSP telah membenarkan tiga pengeluaran sebelum ini, namun masih ramai yang tidak mampu untuk mengubah keadaan dan nasib mereka.

Maksudnya pengeluaran wang KWSP tidak menjamin untuk merubah kehidupan mereka walaupun untuk jangka pendek.

Tidak dinafikan mereka memang perlukan bantuan dan apa yang mereka perlukan ialah sumber pendapatan tetap dan lebih stabil.

Jadi, mereka sebenarnya mahukan kerja atau memulakan bisnes kecil bagi membolehkan kembali berdiri dengan kaki sendiri. Ini sebenarnya perlu diberi perhatian oleh kerajaan atau pihak baitulmal jika benar-benar ikhlas untuk membantu golongan tersebut.

Mereka semua tidak sakit, cuma tidak bernasib baik ekoran kehilangan pekerjaan atau bisnes merudum akibat serangan pandemik yang tidak terduga sebelum ini.

Jadi, jika mereka kembali mendapat pekerjaan atau dapat memulakan semula bisnes dengan pantauan dan bimbingan pihak berwajib, insya-Allah sumber kewangan mereka akan kembali stabil.

Jika kita terus benarkan mereka mengeluarkan simpanan hari tua masing-masing, apa lagi yang akan tinggal. Ketika ini pun 76 peratus atau 5.1 juta pencarum bumiputera yang berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada hujung tahun 2022.

Jika sekarang pun mereka merempat, bayangkanlah apa akan jadi jika ditakdirkan umur mereka panjang dan tidak mempunyai wang secukupnya untuk menampung hidup semasa tua.

Jadi, mereka semua kena dibantu kembali berdiri bermula dari sekarang supaya dapat kembali mencari sumber pendapatan untuk kehidupan lebih stabil selain mencari bekal sebelum hari persaraan tiba.

Tindakan mendesak kerajaan supaya membenarkan tuntutan pengeluaran khas KWSP pada hemat saya tidak lebih sekadar untuk mengejar populariti, kononnya berjuang untuk menyelamatkan golongan yang sedang berada dalam kesempitan hidup.

Sedangkan pada hakikatnya kita telah meletakkan kehidupan hari tua mereka berada dalam risiko yang amat besar. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 8-2-2023 10:36 AM
Apsal smpi skang kwsp buat bodo je ek?
Tu je akak nk tahu
Quote sykama 8-2-2023 10:42 AM
jgn dilayan la pencarum2 ni. tak dinafikan, yg btul2 terdesak tu ada. tp yg menangguk di air keruh tu lbh ramai. dgn alasan, duit kami, suka hati kami la.
lepas tu bila dah pencen, isi borang zakat, isi borang kebajikan. duit masa tua dah abis. ajer gilerrr..
yg sbnrnya tak sabar nk g holiday..nk tukar sportrim.. lagi2 nak raya ni. nak perabot baru..pegidahhhh.. alasan terdesak konon.  kah3.
ni smua punca dari din pagoh la. masa jadi pm, bukan nk tlg rakyat. suruh rakyat kluar duit sendiri. yg xda kwsp, kena angkat bendera putih.
tapi akaun parti dia, duit masuk berkoyan2. giler
Quote umbut 8-2-2023 10:50 AM
Dah bagi sekali, nak lagi, nak lagi dan lagiiiiiiiiiiiiiii selagi x licin dlm tu
Quote Simunggu 8-2-2023 10:55 AM
org nak ambil duit dia bagi ja lah....duit mereka..apa kita mau sebok..esok esok dia tak ada duit bukan dia kacau kau juga minta hutang..kan?

saya paling tak suka bantuan B40, membazir duit pembayar cukai ja...bagi lah pancing, bukan ikan...betul?
Quote iman_kasih 8-2-2023 11:29 AM
Setuju kalau pengeluaran bersasar bagi yg betul2 perlu. Kalau tak keluarkan lebih elok. Dalam keadaan sekarang, JKM dan pusat zakat kena proaktif dan turun padang.
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 11:36 AM
Quote ctaz 8-2-2023 11:37 AM
yg diaorng mintak tu duit diorg...
bukan duit kerajaan Malaysia pon...
Quote tintin22 8-2-2023 11:40 AM
Quote sayurmayur88 8-2-2023 11:53 AM
cakap jerla nak shopping2 tuk raya. takdernya terdesak sgt nak makan.
Quote Meiizu 8-2-2023 12:19 PM
Bagi je lah keluar..terpulang kat masing2 yg mana pandai merancang tau lah nak depa spent wisely.
Yg mengenjoy takyah tungu tua skrg pun dah semput
Quote ctkusiam 8-2-2023 02:34 PM
Nak soping lertu.. ada ke terdesak? indon2 kt Malaysia kaya raya idup kt sini.. yg penting jgn MALAS! aku ada kwn indon pakai velfire beb!. hihi
Quote ctkusiam 8-2-2023 02:36 PM
kuar duit KWSP nk beli emas lertu.. tk pun nk travel to overseas kehkeh
Quote ctkusiam 8-2-2023 02:40 PM
Sok2 dh tua tk larat nk kerja duit KWSP dh abis jgn harapkan sgt minta kt ank2 hmm
Quote bulalof 8-2-2023 03:05 PM
siapa yg ada simpanan lebik rm 100 k boleh le dipertimbangkan.
Quote tripleid 8-2-2023 03:10 PM
Tanyalah Din pagoh knp kjaan belanja sampai beratus billion time pkp tapi tetap ramai yg melarat kena angkat bendera putih..duit lesap pi mana??
Quote DARSITA 8-2-2023 03:13 PM

Aii duit KWSP adalah around 30K kot?

Tua nanti harap pada duit 401K dan social security jer la.
Quote KamikuP 8-2-2023 05:17 PM
Baagi jer laduit tu kat pencarum apoo daaa KWSP ni.. nanti pencarum dah miskin bawah jambatan kan ada buat tempat berlindung
Quote rosedemon 9-2-2023 08:14 AM
bagi jela baiar semua org merepot ua2
Quote ina_na 9-2-2023 08:25 AM
sykama replied at 8-2-2023 10:42 AM
jgn dilayan la pencarum2 ni. tak dinafikan, yg btul2 terdesak tu ada. tp yg menangguk di air keruh t ...

Yg ni aku sokong..aku tgk ramai yg beria2 nk keluarkan kwsp,X terdesak pun...Pak jokowi dr thn lps dah ingatkan rakyat dia thn ni then kegelapan..aku tgk mn yg parent dr Indonesia Sana ligan cari duit..aku tgk kwn2 aku la... amboi2... Memyoping mcm tiada hari esok..alasan bl tuk raya..dr lps raya thn lps alasan dia...baju raya dah mengalahkan retis agaknye..beratus2 pasang..yg kelako pibg anak2 sampai skrg x bayo2.. bl tiba ke pibg dia ada mslh kewangan..time2 sejuk ni duk tukar aircon kata x leh hidup tanpa aircon.. lps Tu bising cikgu2 mintak settlekan pibg..blm lg dgn bangga nye bl barang bsh mahai2 pun..bl beras pun nampak mcm by pertandingan sape beli beras mahaii..blm LG berlumba2 p makan kedai2 makan mewah2.. Kalo mampu X kisah..ni duk berlumba tu ni..pasal pendidikan anak2 sangkut..pelik2

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.691483 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top