CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Bedah Tertinggal Gunting Dalam Usus Pesakit Semasa Menjahit Luka

8-2-2023 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1133| Komen: 11

BRASILIA – Sepasukan pakar bedah di Brazil secara tidak se­ngaja meninggalkan sebilah gunting di dalam badan seorang ahli politik tempatan semasa melakukan pembedahan, lapor akhbar New York Post.

Kejadian berlaku pada 20 Januari lalu selepas Cleyton Jose Zanatta yang merupakan ahli majlis perbandaran Nova Santa Helena di negeri Mato Grosso, dimasukkan ke hospital di Colider.

Dia berada di hospital untuk menjalani pembedahan mengeluarkan tumor daripada ususnya, demikian menurut laman berita Newsflash.

Foto: Newsflash

Walaupun pembedahan berjalan lancar, Zanatta menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila dia berasa sakit selama enam hari selepas pembedahan berlangsung.

Ahli Parti Demokrasi Sosial Brazil itu kembali ke hospital sama di mana imbasan CT mendedahkan sebilah gunting besar berada di dalam ususnya.

Pakar bedah dilaporkan tertinggal gunting itu semasa menjahit luka pesakit.


Mereka kemudian melakukan satu lagi pembedahan untuk mengeluarkan gunting itu, manakala Zanatta kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, demikian menurut pasukan penjagaan kesihatannya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 8-2-2023 11:46 AM
Ak dulu mase czer separuh sedar terdengar la doc2 tu Borak2 pasal dinner ke dancing ke apa ntah.. Sambil buka Lagu slow dance... Ak dlm ati risau la kot2 tertinggal brg ke.. Ye la dok galak berbirak sambil godek2 perut ak nk kuarkan bb... Siap ak terpk.. Klu ak mati ni x de pun zikir2 mengiringi......
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 12:10 PM
careless betul...
Quote makita 8-2-2023 01:24 PM
Bukan ke lepas abes sesi bedah...akan dikira segala peralatan cukup ke tidak suma tu..dlm tiktok ada kakak ni citer lepas bedah tiba2 ada pulak gunting hilang...cari2 last2 baru jumpa kat tempat yg dorg x sangka dlm dewan bedah tu. Ni ala2 citer seram la
Quote supernaturalee 8-2-2023 01:31 PM
how come blh tertinggal sebesar itu
betul gunting ke tu
ke alat utk kepit saluran darah
point is besar lah kan


Quote shernazz 8-2-2023 01:35 PM
shida81 replied at 8-2-2023 11:46 AM
Ak dulu mase czer separuh sedar terdengar la doc2 tu Borak2 pasal dinner ke dancing ke apa ntah.. Sa ...

Okay la tu
Iols masa operation hidung iols..
Nurse siap tanya suka lagu apa ...dia nak pasang dalam ot..hahahah...
Iols cakap pasang la lagu bsb..
Quote HabukBesi 8-2-2023 02:02 PM
kalau tertinggal duit mesti tak jadi isu sgt
Quote zuuu 8-2-2023 11:43 PM
HabukBesi replied at 8-2-2023 02:02 PM
kalau tertinggal duit mesti tak jadi isu sgt

Tinggal duit dalam badan pesakit nak wat apa???bukan leh enjoy pon
Quote she 9-2-2023 12:23 AM
shernazz replied at 8-2-2023 01:35 PM
Okay la tu
Iols masa operation hidung iols..
Nurse siap tanya suka lagu apa ...dia nak pasang dala ...

Perghhhhh

But my love is all I have to give
Without u
I don’t think I can’t live
I wish I could give the world to u
But my love is all I have to give
To uuuuuuuuu

Quote shernazz 9-2-2023 07:27 AM
she replied at 9-2-2023 12:23 AM
Perghhhhh

But my love is all I have to give

Haah..iols mintak lagu tu...
Sementara tunggu anaes datang..haha.sempat la dengo setengah..
Quote rosedemon 9-2-2023 08:13 AM
samannn 20 juta!
Quote HabukBesi 10-2-2023 11:23 AM
zuuu replied at 8-2-2023 11:43 PM
Tinggal duit dalam badan pesakit nak wat apa???bukan leh enjoy pon

pesakit yg diam... haha dia pi jumpa doc lain utk keluarkan

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.286961 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top