CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Tersalah Potong Jari Bayi Sampai Putus

8-2-2023 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 804| Komen: 4

JAKARTA – Insiden kecuaian seorang jururawat di Hospital Muhammadiyah Palembang (RSMP) di Indonesia sehingga menyebabkan jari kelingking seorang bayi putus mencetuskan kemarahan orang ramai, lapor laman berita Suara.com.


Mangsa dibawa ke hospital akibat demam panas, manakala kejadian itu terbongkar apabila ibu bapa mangsa membuat laporan ke Pusat Khidmat Bersepadu Polis Kota Palembang.

Suparman, 38, mendakwa seorang jururawat berinisial DN cuai sehingga menyebabkan bayinya mengalami kecacatan kekal. Jari kelingking mangsa terpotong ketika proses menukar saluran terapi intravena (IV). 


Suparman melaporkan insiden tersebut kepada Pusat Khidmat Bersepadu Polis Kota Palembang. Foto: TribunNews

“Ketika hendak menukar IV, jururawat itu diingatkan untuk membuka balutan, tetapi dia sebaliknya menggunakan gunting,” kata Suparman.

Timbalan Pengarah HR dan AIK RSMP, Muksin berkata, kecuaian itu tidak disengajakan oleh seorang jururawat ketika dia cuba membaiki saluran terapi intravena bayi berinisial AA menggunakan gunting.


“Mendengar kejadian itu, pihak hospital segera melakukan pembedahan yang mengambil masa kira-kira 1.5 jam dan pembedahan berjalan dengan baik tanpa sebarang halangan.

“DA ialah jururawat yang telah berkhidmat selama 18 tahun. Kami berharap agar masalah ini boleh dibincangkan kerana bukan disengajakan, tetapi lebih kepada musibah kepada pekerja kami,” kata Muksin.

Tambah Muksin, DA sendiri menunggu ibu bapa mangsa untuk meminta maaf, tetapi gagal bertemu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myvi132806 8-2-2023 10:43 AM
Allah haiii
Ace kalau anak vvip ni. Mau dy potong dgn penuh berhati2. Biau jari misi yg terpotong x pe, jgn leluhur vvip tersebut. Hahaha
Quote nurul_akmar 8-2-2023 10:58 AM
nasib boleh sambung balik.. ape la, buat anak org mcm ni
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 12:22 PM
ya allah...seriau aku baca
Quote rosedemon 9-2-2023 08:13 AM
saman 10 juta!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.334605 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top