Seorang wanita mendakwa menerima ugutan bunuh susulan tindakannya mengadu kepada beberapa pihak mengenai keadaan rumahnya yang retak akibat proses pembinaan yang dilakukan oleh jirannya. "Saya juga pernah diancam, sudah ada panggilan, saya ingin dibunuh," kata wanita bernama Ami yang menetap di Kampung Kebon Baru, Tebet, Jakarta Selatan.
Ami berkata, ugutan bunuh itu diterima kira-kira seminggu lalu. Ketika itu dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. "Satu hari ada panggilan. Kata pemanggil 'kalau awak masih bercakap, saya akan bunuh awak'. Saya menjawab 'Bunuh saja, mati di tangan Allah, kenapa tidak kamu bunuh saja'," ujarnya. Bukan sekali sahaja, Ami mengaku pernah menerima ugutan bunuh sebanyak dua kali. Difahamkan, jiran Ami membuat renovasi rumah tanpa lesen atau menyalahi undang-undang.
Walaupun sudah diberi amaran oleh pihak berkuasa tempatan, pemiliknya seolah-olah tidak mengendahkan larangan tersebut malah dilihat masih menjalankan proses pembinaan.-CARI Sumber: mStar/Suara.com
|
cikatilia replied at 8-2-2023 10:36 AM
kat tanah malaya pon melambak mcm gitu
yg mendua kan rumah jadi dua tingkat.. dari teres nak jadi um ...
cikatilia replied at 8-2-2023 10:36 AM
kat tanah malaya pon melambak mcm gitu
yg mendua kan rumah jadi dua tingkat.. dari teres nak jadi um ...
kechikchomel replied at 8-2-2023 10:40 AM
lagi satuu...car porch ko buat swimming pool. pastu kereta ko parking depan rumah jiran
:huf ...
tikusmontok replied at 8-2-2023 10:43 AM
Dari flat b40 jadi teres
cikatilia replied at 8-2-2023 10:45 AM
kan.. porch ko buat umah la swimin pool la bagai
kereta kalau 1 axia aje xpe.. ni dgn x70 alphard ...
ADVERTISEMENT