CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Kecil Terperangkap Bawah Runtuhan Lebih 17 Jam, Meruntun Hati Tengok Kakak Lindungi Adik

8-2-2023 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1720| Komen: 12

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud di selatan Turkiye dan Syria mengorbankan kira-kira 6,000 orang.

Pasukan mencari dan menyelamat berusaha mencari dan menyelamatkan mangsa di bawah runtuhan bangunan.


Di saat kehilangan banyak nyawa dan kemusnahan harta-benda, kisah seorang kanak-kanak perempuan warga Syria berusia tujuh tahun menambat hati ramai.

Foto: Twitter

Dia menjadi perhatian kerana ketabahan dan keberaniannya.

Sekeping gambar memaparkan kanak-kanak itu melindungi adiknya ketika kedua-dua mereka tertimbus di sebalik runtuhan bangunan di Syria.

Foto tersebut dimuat naik oleh seorang wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di laman Twitter menjadi tular.

Wakil berkenaan, Mohamad Safa mendakwa kedua-dua kanak-kanak itu terperangkap di bawah runtuhan selama lebih 17 jam.

"Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang meletakkan tangannya di atas kepala adik lelakinya untuk melindunginya semasa mereka berada di bawah runtuhan selama 17 jam telah selamat.


"Saya tidak melihat sesiapa yang berkongsi. Jika dia mati, semua orang akan kongsi! Kongsi lah yang positif," tulis Safe menerusi satu ciapan.

Keadaan dua beradik itu meruntun hati netizen. - CARI

Sumber: mStar/India Times

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 8-2-2023 09:13 AM
nasib penyelamat jumpa
Quote Suchi 8-2-2023 11:30 AM
Kakaknya baru 7 tahun, matangnyaa dia
Masih tersenyum walau dlm keadaan gitu
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 11:34 AM
moga dipermudahkan
Quote white_musk 8-2-2023 11:36 AM
Cantiknya... macam rupa adik akak masa dia kecil...
Quote saaya 8-2-2023 11:58 AM
Menurut tweet asal yang I baca, budak perempuan ni mintak dia dan adik dia dikeluarkan daripada runtuhan tu, dan dia sanggup jadi hamba... Lebih kurang begitu lah
Quote Mini.Me 8-2-2023 02:44 PM
saaya: Menurut tweet asal yang I baca ...

Betol...kecik² lagi dah pikir sampai mcm tu
Quote Simunggu 8-2-2023 02:46 PM
hebat anak ni..
Quote grouper 8-2-2023 03:13 PM
Terus teringat kisah omayra Sánchez gadis Colombia yg terperangkap dlm runtuhan rumah dia...
Quote cmf_DetConan 8-2-2023 04:36 PM
Alhamdulillah..both dh diselamatkan kan..comel sgt anak2 hebat ni
Quote KamikuP 8-2-2023 05:20 PM
Sedih meolls tengok gambar ni. Moga baik2 semuanya AAmin
Quote rosedemon 9-2-2023 08:12 AM
semoga tabah ya dik

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.602563 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top