CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Dah Ramal Gempa Bumi Di Tukiye Beberapa Hari Lebih Awal, Selepas Tragedi Baru Status Di Twitter Tular

8-2-2023 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2046| Komen: 14

ANKARA, Turkiye – Seorang penyelidik yang mengkaji aktiviti seismik dilaporkan sudah meramalkan gempa bumi kuat akan berlaku di Turkiye beberapa hari sebelum bencana menimpa, lapor laman berita Wion News.


Penyelidik Kajian Geometri Sistem Suria (Ssgeos), Frank Hoogerbeets memuat naik kenyataan di laman Twitter pada 3 Februari lalu bahawa satu gempa bumi kuat berukuran sekitar 7.5 pada skala Richter akan berlaku tidak lama lagi.

Kenyataan sama menyebut bahawa gempa yang dimaksudkan diramal berlaku sekitar Selatan-Tengah Turkiye, Jordan, Syria dan Lebanon.


Foto: twitter

Dalam kenyataannya, Hoo­gerbeets turut berkongsi peta menandakan kawasan yang diramal terjejas.

Hantaran di Twitter itu kini tular dan menyebabkan ramai pengguna media sosial terpegun.

Selepas gempa bumi berlaku, Hoogerbeets memuat naik satu lagi hantaran menyatakan bahawa beliau bersedih dan bersama-sama semua mangsa yang terjejas akibat bencana itu.


“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tidak lama lagi gempa bumi akan berlaku di rantau berkenaan.

“Gempa bumi ini sentiasa didahului oleh geometri planet kritikal seperti yang kita alami pada 4 dan 5 Februari 2023,” katanya.

Susulan tragedi itu, ma­syarakat antarabangsa segera menawarkan bantuan dengan banyak negara menghantar pe­tugas penyelamat dan kemanusiaan.

Presiden Recep Tayyip Erdo­gan menyifatkan gempa kelmarin sebagai bencana bersejarah dan gempa paling buruk melanda Turkiye sejak 1939, namun berkata, kerajaan sedang melakukan seda­ya upaya untuk menghulurkan bantuan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 8-2-2023 09:03 AM
Semua yg berlaku atas kehendak dan izinNYA. Semoga tanahair ku ini terpelihara dari sebarang musibah sewaktu dengannya. Amin..
Quote tripleid 8-2-2023 09:06 AM
kalau ikut logik ummah taliban ni semua sbb HAARP
Quote AbukRokok 8-2-2023 09:15 AM
itu semua teori konspirashit
Quote AbukRokok 8-2-2023 09:16 AM
tripleid replied at 8-2-2023 09:06 AM
kalau ikut logik ummah taliban ni semua sbb HAARP

chemtrails
Quote bakingsoda 8-2-2023 12:02 PM
dlm artikel lain ada sebut dia jangka Afghanistan, Pakistan, India negara seterusnya..harap penduduk negara2 tersebut berjaga2
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 12:20 PM
wow...teori apakah ini
Quote matamata 8-2-2023 12:26 PM
Org yg mcm ni kalau dia terlalu loud masa dia buat ramalan ramai yg tak suka sbb akan mencetuskan panik
Tp bila ramalan tu betul2 terjadi dia jugak yg akan disalahkan sbb tak cukup loud untuk meyakinkan gomen dan rakyat supaya bersiap siaga... Serba salah
Quote awanearisu 8-2-2023 12:28 PM
Ini bukan ramalan. Ini kita panggil sebagai, "educated guess".
Quote umbut 8-2-2023 12:30 PM
Researcher kafir belanda awal2 dah predict based kajian... Nak harapkan org isle
Quote mesmerize 8-2-2023 12:41 PM
Ramalan apanya dah namanya pun pengkaji aktiviti seismik mesti dia pakar dalam hal ehwal pergerakan kerak bumi.. dan dia ada peralatan nak kesan pergerakan tu
Quote adiwarna 8-2-2023 01:00 PM
Edited by adiwarna at 8-2-2023 01:12 PM

Kalau kat msia, bab2 cuaca dan geografi rantau ni ialah prof azizan abu samah tu, dia ramal hujan lebat di astro awani, beberapa hari lepas tu mmg betul hujan lebat sampai banjir besar last year...dia pun ramal, tahun 2023 ni la nina kat rantau sini akan reda, so takde banjir yg besar2an, dia ramal lah, tak tahu reda ke tak....
Quote rosedemon 9-2-2023 08:10 AM
semoga rakyat ditimpa bencana tabah menghadapi dugaan ini
Quote airfilterkotor 9-2-2023 10:19 AM
Dah bergentayangan cerita gempa bumi Turkiye dan HAARP meniti di bibir Geng 3 Serangkai.
Quote kelapaparut 9-2-2023 10:26 AM
ni mesti bala oleh puak2 liberal yg ada kat istanbul dan ankara
- lobai turki

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065247 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top