CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Biasa Tubuh Dihiris Pisau, ‘Baby Ken’ Hampir Meninggal Lepas Besarkan Punggung

7-2-2023 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1844| Komen: 10

Seorang lelaki digelar ‘Baby Ken’ hampir meninggal dunia pada 2021 selepas membelanjakan kira-kira AS$117,000 (RM502,983) untuk rawatan ‘punggung Brazil’ di pasaran gelap Brazil, lapor akhbar New York Post semalam.


Tyler Dyvig, 24, berasal dari New York berkata, dia menjalani pembedahan kosmetik pertama pada usia 15 tahun dan sejak itu, mula selesa dihiris pisau bedah. Dia telah menjalani pembedahan membesarkan dada, implan bisep dan pemindahan rambut.


Selain punggung, Dyvig turut menjalani pembedahan membesarkan dada, implan bisep dan pemindahan rambut. - Jam Press

“Saya memutuskan untuk membeli di pasaran gelap kerana tidak mempunyai lemak yang cukup untuk mendapatkan punggung Brazil, selain tidak mahu implan kerana ia tidak asli,” katanya kepada laman Jam Press.

Menurut Dyvig, apabila dia menerima rawatan yang menelan kos AS$1,500 (RM6,4480) untuk setiap sesi, ia kelihatan seperti pembedahan rutin.


“Suntikan itu dilakukan oleh seorang jururawat di apartmennya, di mana anda akan dibawa ke bilik belakang yang mempunyai banyak botol bertutup. Semua alatan kelihatan selamat dan jururawat itu mendakwa ia telah digunakan selama bertahun-tahun,” katanya.

Walaupun mendapat jaminan jururawat, keadaan Dyvig tidak berjalan seperti dirancang.

“Untuk minggu pertama, saya baik-baik sahaja. Tetapi kemudian saya mengalami gejala aneh di mana saya berasa lemah, pening dan sesak nafas.

“Saya tidak fikir apa-apa sehingga saya mengalami sakit dada yang teruk dan menyedari kadar denyutan jantung saya sangat laju. Tiga jam kemudian, pertuturan saya menjadi terganggu dan saya terus pitam. Saya fikir saya mengalami strok,” kata Dyvig.

Dyvig dikejarkan ke hospital dan didiagnosis mengalami sindrom takikardia ortostatik postural gangguan autoimun yang menyebabkan jantung berdegup cepat dalam pelbagai keadaan.

Dia dinasihatkan beberapa pakar bedah plastik untuk mengekalkan suntikan silikon di dalam badannya kerana ia berisiko meracuni aliran darahnya jika dikeluarkan.

Dyvig juga berkata, prosedur tidak berkelulusan itu menyebabkan dia menjadi lesu dan mengasingkan diri daripada rakan-rakannya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syamzana 7-2-2023 10:50 PM
mana pic punggung besarnya?
Quote Perawankota 7-2-2023 10:54 PM
Mental ni….
Quote Kentot_Wangi 7-2-2023 11:18 PM
syamzana: mana pic punggung besarnya?
Search je i.g dia. Ade dia tnjok bontot dia. [em:4:][em:4:]
Quote Jitu 7-2-2023 11:57 PM
byk duit dia
aku masa umur 24 nak beli kasut nike pun tak mampu
Quote electricopop 8-2-2023 10:06 AM
Obses betul nak tukar jadi Ken doll.
Quote cmf_premierleag 8-2-2023 10:38 AM
Banyaknya duit ko dikkk
Buat personal loan dgn bank rakyat cawangan sao paolo ke
Quote Simunggu 8-2-2023 10:52 AM
last last jadi robocop
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 12:22 PM
muda2 lagi dah cari penyakit
Quote ctkusiam 8-2-2023 02:30 PM
ensem ke??
Quote acik79 8-2-2023 08:41 PM
Geli

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.634011 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top