CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami, Abang Ipar Cedera Dibaham Buaya Ketika Betulkan Paip

7-2-2023 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 996| Komen: 2

Dua beradik lelaki cedera akibat diserang buaya dalam kejadian di tebing Sungai Bengkoka, Kampung Sinasak, di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 53 tahun parah di seluruh anggota badan manakala adiknya berusia 51 tahun cedera ringan.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, laporan berhubung kejadian itu dilakukan oleh pengadu yang juga isteri kepada salah seorang mangsa.


Gambar hiasan

Katanya, pengadu menyatakan pada hari yang sama, suami dan abang iparnya telah diserang buaya sehingga menyebabkan kecederaan.

"Siasatan mendapati suami dan abang iparnya turun ke sungai yang berhampiran kediaman mereka untuk memasang pam air di sungai berkenaan.

"Ketika mereka turun membetulkan paip di dalam sungai, tanpa disedari seekor buaya sepanjang kira-kira 2.4 meter datang menyerang dengan mengigit bahagian kaki salah seorang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Susulan kejadian itu, mangsa bertindak menyelamatkan abangnya, namun turut digigit haiwan berkenaan.

"Pengadu yang mengetahui kejadian itu bergegas ke tebing sungai sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pitas untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Zairolnizal berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki, badan dan tangan.

"Mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Pitas namun dalam keadaan stabil dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

"Adiknya pula cedera ringan di bahagian tangan kanan serta kaki sebelah kiri dan hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 8-2-2023 01:20 AM
Banyak betul buaya keluar menyerang Sabah skrg eh
Quote supernaturalee 8-2-2023 01:25 AM
Alhamdulillah selamat
Mostly klu dh kena gigit tu mmg merisik khabar je lh jwbnya

Nk tau story 2 acik ni mcmn survived

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.410365 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top