Di sebalik kisah hangat mengenai percintaannya dengan Ubai, kapsyen Shila Amzah pada postingnya di Instagram mencetus debat di kalangan netizen.
Baru-baru ini dia memuatnaik video percutiannya ke sebuah hotel mewah di Penang. Apa yang menarik perhatian kami dan para peminat adalah kapsyen yang ditulis agak ‘deep’. Pemilik nama sebenar Nurshahila binti Amir Amzah ini memberitahu ia percutian pertamanya ke Penang selepas sah bercerai.
IG Dalam video yang dimuatnaik, Shila begitu ceria memasuki bilik hotel sambil menari dengan diiringi lagu sedang popular di laman TikTok, Flowers oleh Miley Cyrus. Walaubagaimanapun, kapsyen ini seolah-olah tidak disenangi oleh peminatnya dan menyifatkan ia sebagai ‘tidak perlu’. Namun ramai yang mempertahankan Shila dan menganggap tiada salahnya untuk menyebut statusnya sudah bercerai. Malah ada yang berkata, tindakan Shila ini dapat mengelakkan fitnah dari mana-mana pihak yang masih tak tahu dia dah bercerai. Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya. Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais. Sumber: Murai
|
Cleocatra replied at 8-2-2023 08:28 AM
Kalau ikut kata pondan terpaling merangkap bff azmee, hotel di malaysia hodoh2
selipar_hijau replied at 8-2-2023 08:37 AM
silala ngn anju lebih kurg sama je. kalau diorg duduk serumah mesti happening
ADVERTISEMENT