"Ini bukan mesyuarat UMNO." Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berseloroh kepada petugas media yang dibenarkan masuk untuk merakam gambar sebelum mesyuarat bersama pemimpin parti Kerajaan Perpaduan, malam ini.
Detik itu mencatat sejarah tersendiri buat Perdana Menteri yang kembali berada di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn, di sini, 25 tahun selepas dipecat daripada parti itu. Anwar mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermula jam 8.30 malam tadi. Mesyuarat turut dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir adalah pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan Sabah (Warisan). Anwar dipecat daripada UMNO pada 3 September 1998. Sumber: BH Online
|
stingerpressor replied at 7-2-2023 10:07 PM
Asrap sujuki in the room too? Atau mata aku yg kabur?
mojarean_X replied at 8-2-2023 04:34 AM
Asrap bakal ketuai sekretariat kerajaan perpaduan hokayy...ala2 naik pangkat giteww
elzy replied at 8-2-2023 08:20 AM
Begitu ketat muka Tok Mat, mungkin beliau tak menyangka akan duduk semeja dengan DS Anwar..
Simunggu replied at 8-2-2023 08:22 AM
Tok Mat ok tu...Mail lambung yg kejut beruk
snowflakes replied at 8-2-2023 09:28 AM
Habislah dap dah masuk bangunan umno... mana komen jarum2 halus...
ADVERTISEMENT