Seorang wanita menjadi mangsa dipukul anak lelakinya yang berang ditegur kerana membuat bising di sebuah rumah di Bahau di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kejadian jam 5.30 pagi itu menyebabkan wanita berusia 51 tahun berkenaan cedera di bahu kiri akibat ditumbuk dua kali dan menerima rawatan di Hospital Jempol.
Katanya, suspek berusia 25 tahun yang di bawah pengaruh alkohol itu memarahi mangsa kerana ditegur sebelum menumbuk bahu, menarik rambut dan menolak ibunya sehingga jatuh. "Mangsa menegur anaknya supaya tidak membuat bising dan menyuruhnya tidur tetapi tindakan itu menyebabkan suspek naik berang. "Suspek tidak berkerja manakala mangsa adalah tukang jahit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Chang Hook berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).
Sumber: BH Online
|
makadek replied at 8-2-2023 07:43 AM
Sebijik perangai si anak derhaka yg kena sumpahan makdia mereng kat porem @stingerpressor dia dgn b ...
sarahmirza replied at 8-2-2023 08:06 AM
Anak lelaki kalau dah umur 18 tahun tak sambung belajar & tak kerja, parents halau je dari rumah..
stingerpressor replied at 8-2-2023 08:56 AM
Would you do the same to anak pompuan ko yg still some way to go?
Atau ko yakin ia tidak akan ber ...
sarahmirza replied at 9-2-2023 04:41 PM
Buka mata & baca betul2 baru komen.
ADVERTISEMENT