CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Melly Goeslaw Terkejut Dengar Suara Najua P Ramlee Menyanyi

7-2-2023 08:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4766| Komen: 46

Sabtu lalu berlangsungnya Konsert Ada Apa Dengan Melly? di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk malam kedua.

Konsert dengan tema alam persekolahan itu menyajikan 30 buah lagu oleh penyanyi yang mendapat julukan The Queen of Soundtracks di Indonesia.



TikTok/BOOM!

Antaranya adalah Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta, Gantung, Jika, Denting dan My Heart.

Dalam banyak-banyak lagu yang dinyanyikan, penonton berasa sebak saat Melly menyanyikan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Ia merupakan penghormatan kepada Seniman Agung tersebut yang dianggapnya selaku ‘magma’ dalam kesenian Malaysia.


TikTok/BOOM!


Menariknya, saat Melly menyanyikan lagu itu dengan penuh emosi, dia ternampak cucu legenda negara itu iaitu Najua P Ramlee mengalirkan air mata.

Najua ketika itu berada di tengah-tengah lebih 2,500 penonton itu tidak dapat menahan sebak, lantas diajak Melly untuk naik ke pentas dan reaksi spontan penyanyi ikonik itu disambut dengan sorakan audiens.

Mungkin belum pernah mendengar bakat nyanyian Najua, ternyata Melly terkejut mendengar suara Najua ketika menyambung bait-bait lagu malar segar kesukaan ramai itu.



Sekali gus, Melly tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata dan semestinya momen ini telah menjentik emosi semua penonton. 


Sumber: BOOM!



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Msblackpepper 7-2-2023 08:38 PM
Sedap betul suara cucu p ramlee ni
Quote missyL 7-2-2023 08:43 PM
Najua ni je kot yg ade bakat p ramlee.
At least suara. Tp die pandai berlakon kan
Syg nye die x mengikut piawai kurus putih msia ..
Klo x bole pergi jauh..
Quote bluecrystal 7-2-2023 08:47 PM
tengok najua teringat arwah adibah noor
Quote margo20 7-2-2023 08:50 PM
Melly mmg kurus eh?
Quote prizadane 7-2-2023 08:59 PM
Najua ni banyak feature atoknya
Quote Adrif 7-2-2023 09:44 PM
Melly ni macam Lady Gaga sana kan. fashion dia selalu over
Quote kepompong 7-2-2023 09:46 PM
& dia baik jugak.. seorang yg bekerja keras
Quote hareeeesah 7-2-2023 10:15 PM
bluecrystal: tengok najua teringat arwah ad ...


Kalau kata adik beradik or anak beranak pun percaya.. suara pun sedap dua ²
Quote Lengkong 7-2-2023 10:35 PM
sedapnya suara najua
Quote Perawankota 7-2-2023 11:09 PM
Aku lak sebak dgr dorg nyanyi
Quote silampumeja 8-2-2023 12:11 AM
missyL replied at 7-2-2023 12:43 PM
Najua ni je kot yg ade bakat p ramlee.
At least suara. Tp die pandai berlakon kan
Syg nye die x meng ...

Dia memang mengarah skrg kan. Assistant director rasanya.... ex aswara...
Quote alieyrina 8-2-2023 02:01 AM
Dia belakon ok sgt. Natural tak nampak dibuat buat
Quote Blessed_Servant 8-2-2023 05:55 AM
Sedap uols. Tengok dia teringat arwah Adibah
Quote dudaberhias 8-2-2023 06:00 AM
sedap betul suara dia... harap2 ada lagu meletop macam arwah kak dibah dulu...
tapi tu la di zaman era 2023 ni lagu sedap dan vocal hebat pun payah nak meletop... contohnya lagu2 dayang... sekadar menang anugerah je boleh lah... hujung2 mv yang letak penyanyi herlok tapi nyanyi macam binatang lagi banyak views, kutipan, sales etc macam mv kpop2 tuhhh...
Quote beatgirlX 8-2-2023 06:31 AM
Dia suara mmg sdap.. Mmg tgk dia lebih dekat dgn aruaj adibah noor
Quote alesandra 8-2-2023 07:16 AM
halaa korang x yah la nak kata org x pandang najua ni sbb rupa.alangkah ct gained weight pun beriya ngata gundu la apa la.itu baru ct belum lagi komen hazab  uols body shaming retis lain.
Quote alesandra 8-2-2023 07:21 AM
Tapi aku betul2  x paham tema konsert melly ni.org lain disuruh back to school.dia sendiri dah mcm big bird tu pehal? tak selari dgn tema.
Quote AnnaSendin 8-2-2023 08:09 AM
Acik melly tolonglah buat lagu untuk najwa. Acik melly kan pandai karang lagu. Mesti meletop anak mak sorang nieyh...
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 08:10 AM
terbaik najua

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.039070 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top