|
Sabtu lalu berlangsungnya Konsert Ada Apa Dengan Melly? di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) untuk malam kedua.
Konsert dengan tema alam persekolahan itu menyajikan 30 buah lagu oleh penyanyi yang mendapat julukan The Queen of Soundtracks di Indonesia.
TikTok/BOOM!
Antaranya adalah Ketika Cinta Bertasbih, Ayat-Ayat Cinta, Gantung, Jika, Denting dan My Heart.
Dalam banyak-banyak lagu yang dinyanyikan, penonton berasa sebak saat Melly menyanyikan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Ia merupakan penghormatan kepada Seniman Agung tersebut yang dianggapnya selaku ‘magma’ dalam kesenian Malaysia.
TikTok/BOOM!
Menariknya, saat Melly menyanyikan lagu itu dengan penuh emosi, dia ternampak cucu legenda negara itu iaitu Najua P Ramlee mengalirkan air mata.
Najua ketika itu berada di tengah-tengah lebih 2,500 penonton itu tidak dapat menahan sebak, lantas diajak Melly untuk naik ke pentas dan reaksi spontan penyanyi ikonik itu disambut dengan sorakan audiens.
Mungkin belum pernah mendengar bakat nyanyian Najua, ternyata Melly terkejut mendengar suara Najua ketika menyambung bait-bait lagu malar segar kesukaan ramai itu.
Sekali gus, Melly tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata dan semestinya momen ini telah menjentik emosi semua penonton.
Sumber: BOOM! |
|