CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bayi Baru Lahir Dibuang Dalam Sampah Di Seri Kembangan, Dibalut Dengan Kain Dalam Beg Oren

7-2-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1029| Komen: 6

Serdang: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan berbalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg oren ditemui di dalam kotak sampah di hadapan rumah kebajikan di Lestari Perdana 1, Seri Kembangan, di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, mayat yang berkulit cerah itu ditemui pekerja pengutip sampah, 9.30 pagi tadi.

Menurutnya, anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima panggilan Mers 999 dimaklumkan berlaku kes pembuangan bayi pada 10.05 pagi.


Foto: Polis

"Mayat bayi akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

"Siasatan masih diteruskan dan pihak polis mengalu-alukan jika ada sebarang maklumat mengenai kelahiran bayi terbabit boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.-CARI


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 7-2-2023 08:50 PM
Dua ari ni 3 dah kes buang bayi iols bace.
Ni bayi Valentine thun lepas ke
Ke bayi thun baru 2022.

Ape tergamak korang buang yw
Quote rosedemon 8-2-2023 08:16 AM
semoga jumpa mak pak bodoh tu
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 08:19 AM
harap2 ada cctv sekitar kwsn tu...
Quote Simunggu 8-2-2023 08:25 AM
pandai kutuk org politik rasuah, makan duit, cable, korne etc...perbuatan ini lagi teruk sebenarnya...
Quote Prickford 8-2-2023 08:34 AM
Ala sedihnya buat gini dekat baby tu. Iolls ni dah 3 tahun TTC, mengharap sangat ada baby. Skang tengah on-med. Doakan iolls kawan2 forum.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.157450 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top