CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Kesan Individu Terbabit Video Gaduh Tular

7-2-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 591| Komen: 1

Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di aplikasi WhatsApp yang terbabit dalam insiden kekecohan di luar bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah, di sini, Ahad lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu juga diminta tampil untuk membantu siasatan.


Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di aplikasi WhatsApp yang terbabit dalam insiden kekecohan di luar bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Ahad lalu.

Katanya lagi, hari ini Polis daerah Ipoh telah mengesan satu video berdurasi 23 saat yang tular melalui aplikasi Whatsapp memaparkan satu kejadian kekecohan.

"Ia melibatkan sekumpulan individu yang dikatakan berlaku di Ipoh, di mana telah menarik perhatian masyarakat umum.

"Semakan pihak polis mendapati bahawa kejadian tersebut dipercayai berlaku pada malam 5 Februari, di luar bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah.


"Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh)," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

Ini kerana, jelas Yahaya, tindakan itu boleh menjejaskan siasatan polis selain menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 7-2-2023 04:28 PM
Ini malam Thaipusam le nih geng kelly.ng dari Gunung Cheroh balas dendam.. ekekeke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.878398 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top