CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Asing Di Penempatan Haram Tak Nak Pulang Ke Negara Asal

7-2-2023 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2604| Komen: 35

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjelaskan, kesemua warga Indonesia yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah penempatan haram di Nilai di sini baru-baru ini tidak berniat untuk pulang kembali ke negara mereka.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, berdasarkan pemeriksaan, kesemua 67 orang warga asing itu sebaliknya ingin terus berada di negara ini dalam tempoh yang panjang walaupun tanpa dokumen yang sah.

Ujar beliau, perkara tersebut berdasarkan dapatan iaitu penempatan tersebut merupakan sebuah perkampungan yang telah lama wujud di dalam kawasan hutan.


SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam serbuan yang dilakukan pihak Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah penempatan haram warga asing di Nilai, Seremban, awal pagi 1 Februari lalu.-GAMBAR/JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA.

“Ia berada di kawasan yang tidak rata dan berpaya, akses ke kawasan tersebut dengan berjalan kaki adalah sejauh 1.2 kilometer, dikelilingi besi serpihan jerat serta anjing liar serta mempunyai pelbagai kemudahan seperti beberapa unit set generator dan sekolah yang menggunakan sukatan pelajaran pendidikan negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang bertajuk Suruhanjaya Indonesia kecam serbuan pekerja asing di Nilai Spring yang disiarkan baru-baru ini.

Menurut Khairul Dzaimee, dalam operasi pukul 1.30 pagi pada 1 Februari itu, seramai 68 orang warganegara Indonesia telah diperiksa dan seramai 67 orang berumur di antara dua bulan hingga 72 tahun telah ditahan.

Mereka terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 orang kanak-kanak perempuan. 

Jelasnya, antara kesalahan yang telah dikenal pasti ialah ketiadaan dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. 

Kata beliau, kesemua tahanan berkenaan telah ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng, di sini untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. 

“Berkenaan aspek kebajikan tahanan di depot-depot tahanan Imigresen, JIM sentiasa komited memastikan ia sentiasa terjaga dengan mematuhi piawaian yang ditetapkan termasuk kebajikan kepada tahanan wanita dan kanak-kanak.

“JIM sentiasa memastikan aspek keselamatan dan kebajikan warga asing khususnya kanak-kanak sentiasa dilindungi. Perkara ini juga telah menjadi agenda perbincangan semasa pertemuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Menteri Tenagakerjaan dan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia pada 31 Januari 2023 yang lalu,” katanya.

Khairul Dzaimee menjelaskan lagi, kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa.

Ia termasuklah keperluan untuk memiliki dokumen perjalanan yang sah, mematuhi tempoh keberadaan yang dibenarkan serta pematuhan kepada syarat-syarat pas yang dikeluarkan.

“JIM akan sentiasa memastikan perkara ini dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan elemen keselamatan dan kedaulatan negara tidak terancam dan dikompromi. JIM sedang mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal dilaksanakan pada kadar segera,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ujarnya, operasi penguatkuasaan yang dijalankan baru-baru ini juga tidak mempunyai kaitan dengan pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) yang bermula pada 27 Januari 2023 yang lalu.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 03:29 PM
muka x tau malu...
Quote supernaturalee 7-2-2023 03:33 PM

pergi kau bermain muzik di sana



Quote paz 7-2-2023 03:36 PM
Boleh yer macam tu.
Quote mizruncing 7-2-2023 03:40 PM
macam mana boleh terlepas pandang dorg ni ye. siap beranak pinak dahh kat sini
Quote pearl.silver 7-2-2023 03:55 PM
Kita xleh langsung nk tegas dgn indon ni
Tu tahan gk buat rumah pondok2 je
Yg berkampung wat rumah batu dlm hutan tu nk halau camne plak
Quote esbok 7-2-2023 03:55 PM
sekolah ikut syllabus jiran
Quote Skuau 7-2-2023 04:05 PM
'mentaliti'...sebegini la yg membawa kpd penganugerahan 'pangkat/gelaran' INDON kpd 'mereka ini'.
Quote sayurmayur88 7-2-2023 04:11 PM
kena TEGAS !!!
Quote dekmieDandy 7-2-2023 04:23 PM
kalau nak hidup camtu, kenapa tak dekat negara sendiri je

tak paham betul aku
Quote sukacactus 7-2-2023 04:26 PM
Tak nak balik?
Ko ingat boleh buat sukati ko?
Quote kiope 7-2-2023 04:37 PM
Edited by kiope at 8-2-2023 06:18 AM

So great. Seeing this scene, people everywhere with tunnel rush are quite miserable.
Quote dua_chzy 7-2-2023 04:42 PM
Bagi pilihan.

Pulang atau tembak sampai mati.
Quote cashewnut 7-2-2023 07:42 PM
Penjawat awam yang handle PATI ni ingat le kerja sebab negara tercinta. Jangan dibior Indon ni yang mengubah peraturan sesuka hati. Tangkap dan tagkan leher supaya tak datang lagi sesuka hati. Hak ASASI rakyat Malaysia lebih penting dijaga. Muak nak muntah la melayan kerenah Negara tak ada logik suruh layan pati macam warganegara. Biar rotan kasi diorang serik nak datang Malaysia la
Quote Belibis 7-2-2023 07:44 PM
Bisa diatur..nanti ada ngo carikan loyer untuk buat dokumentasi..cukup haul,dapat ler ic biru.
Quote Adrif 7-2-2023 08:43 PM
terjumpa budak perempuan, umo 9 tahun, tak sekolah. Main kat taman tengahari buta sorang2

Dik, mana mak ayah, jalan sorang2 waktu ni bahaya dik

"Saya orang Malaysia, lahir kat Malaysia, walaupun mak ayah saya orang Indonesia."

Hm? Ape benda budak ni jawab. Aku tanya lain.
Pakcik tanya, kenapa main waktu ni, mak ayah mana? Kenapa tak pegi sekolah?

"Mak ayah kerja, kat kilang sana. Saya tak sekolah. Saya orang Malaysia, lahir kat Malaysia, walaupun mak ayah saya orang Indonesia."

WTF.. kena brainwash ke apa budak ni..
Dah, pegi balik rumah, panas2 berjemur nanti demam, hitam legam.

Lepas tu dia berlari main kat kawasan kedai runcit pulak

Datang ada permit kerja sah pun, tapi kalau beranak pinak haru biru macam ni. Boleh mendatangkan masalah sosial lain
Quote namieamuro 7-2-2023 08:47 PM
amboiiii jadah ape kau nk dok sini cara haram.  ape kau tak ikot jejak piska yg rembat laki org malaysia tu. sukehati takmo balik. dah tu JIM nk ikotkan ke? bebaskan?

ni baru 67org. belom lg tmpt lain. belom lg sampah rohingyuck yg mmg sah2 akan dok merempat kt sini sampai mampos
Quote airmineral 7-2-2023 10:01 PM
longgokan kt dlm kwsn embassy masing² xleh ke?
Quote Zazama 7-2-2023 10:19 PM
Cuba cari kelemahan kita. Apasal pati semakin berani? Bilangannya semakin bertambah, rasa takut tiada sekali, datangnya setiap hari, dah datang takmo kembali ke negeri sendiri. Dah? Silapnya kat mana kita ni?
Quote n3ar 7-2-2023 10:45 PM
Barbie la indon... P balik negara sendiri la..

Media indon jongos ni pun bodo dok kutuk apa.. Dah rakyat ko bodo datang tanpa permit buat macam negara bapak dia

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.073942 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top