CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bawa Tengkorak Manusia Ditembak Berkali-Kali Di Kepala Sampai Mati

7-2-2023 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1352| Komen: 4

Seorang lelaki yang pernah membawa tengkorak manusia ke atas pentas ditembak berkali-kali pada bahagian kepala sehingga maut, baru-baru ini.

Lelaki yang dikatakan ahli propaganda dan penyokong Vladimir Putin itu ditembak oleh individu tidak dikenali atas motif balas dendam kerana tindakannya.



Foto: Daily Star

Mangsa, Igor Mangushev, 35, berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak di wilayah yang dikuasai Rusia sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Pada Ogos tahun lalu, Mangushev dilaporkan dirakam di atas pentas sambil membawa tengkorak seorang pejuang Batalion Azov.

Dalam video itu dia berkata: “Kami masih hidup dan lelaki ini sudah mati.

"Biarkan dia terbakar dalam neraka. Dia tidak bernasib baik. Kami akan membuat piala daripada tengkoraknya."

Penembakan Mangushev dianggap sebagai amaran kepada "sekutunya" Yevgeny Prigozhin, ketua tentera peribadi Wagner dan salah seorang sekutu terdekat Putin.


Isteri Mangushev, Tatiana Azarevich berkata mangsa ditembak dari jarak dekat oleh pelaku kes bunuh itu.

“Pada malam 3 hingga 4 Februari, suami saya cedera di kepala ditembak dalam keadaan yang tidak diketahui semasa berada di Stakhanov, Republik Rakyat Luhansk," ujar isterinya. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 7-2-2023 02:25 PM
Ok, baca 2/3 kali baru faham cerita nya
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 02:52 PM
sia2 jer mati mc tu skali...RIP
Quote supernaturalee 7-2-2023 03:10 PM
dh baca semua baru lah...ooo
Quote rosedemon 8-2-2023 08:15 AM
adan ukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.099568 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top