CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patutlah 16 Tahun Polis Cari Tak Jumpa, Mafia Tukar Identiti Jadi Tukang Masak- Berjaya Ditangkap Di Kedai Piza

7-2-2023 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1426| Komen: 6

Selepas 16 tahun hidup dalam buruan, lelaki Itali yang menaungi salah satu pertubuhan mafia paling berkuasa di negara itu berjaya ditangkap Interpol di Perancis, Khamis lalu.

Pendakwa raya Perancis berkata, Edgardo Greco, 63, ditahan di Saint-Etienne, Perancis, tempat dia pernah bekerja sebagai pembuat piza.


Greco memiliki Caffe Rossini Ristorante di Saint-Etienne dari Jun hingga November 2021.

Foto: Daily Hive

Lelaki itu menggunakan nama Paolo Dimitrio dan bekerja di restoran Itali lain di bandar itu.

Dia disyaki menganggotai pertubuhan mafia 'Ndrangheta di Calabria, selatan Itali.

Greco dikehendaki kerana dua pembunuhan pada 2006 dan cubaan membunuh dalam kes lain.

Pihak berkuasa Itali berkata, adik-beradik Stefano dan Giuseppe Bartolomeo dipukul hingga mati dengan palang besi di sebuah kedai ikan di Calabria pada 2006.


Greco juga dituduh atas cubaan membunuh Emiliano Mosciaro sebagai sebahagian daripada perang mafia antara kumpulan Pino Sena dan Perna Pranno pada awal 1990-an.

Selepas penahanannya pada awal pagi, dia hadir di hadapan majistret di Lyon yang secara rasmi memberitahunya mengenai waran tangkap Itali, kata pendakwa raya.

Dia kemudiannya ditahan reman.

Menurut Interpol, Ndrangheta dianggap sebagai kumpulan mafia paling meluas dan berkuasa di Itali yang beroperasi di seluruh dunia dan mempunyai hubungan kukuh dengan perdagangan kokain dari Amerika Selatan ke Eropah.

Penahanan Greco dibuat seminggu selepas polis Itali berkata, mereka berjaya membongkar kumpulan mafia 'Ndrangheta yang menguasai kawasan besar di selatan Calabria dan merampas aset bernilai lebih AS$270 juta (RM1.1 bilion).

Dua minggu sebelum itu, polis Itali menahan salah seorang ketua paling terkenal mafia, Cosa Nostra Sicily, Matteo Denaro, 60, yang melarikan diri selama 30 tahun.

Denaro ditahan selepas mendapatkan rawatan di klinik kesihatan di ibu kota Sicily, Palermo.

Menurut data, seramai 56 orang dipenjarakan dan diletakkan di bawah siasatan jenayah kerana konspirasi berkaitan mafia, peras ugut, penculikan, rasuah dan memiliki senjata. - CARI

Sumber: mStar/Daily Hive

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 02:28 PM
16 tahun tu...licikkk
Quote KamikuP 7-2-2023 05:37 PM
Wah dah macam Jimmy McGill aka Saul Goodman jahh
Quote Belibis 7-2-2023 05:45 PM
Kalau ko menyamar jadi 'beruang' mungkin masih selamat.
Quote TOPwind 7-2-2023 06:28 PM
Belibis replied at 7-2-2023 05:45 PM
Kalau ko menyamar jadi 'beruang' mungkin masih selamat.

Jho Low menyamah tukang bakar satay kat Kajang


siap  hantar satay kat najib


sorang pun tak tau


sbb muka dia dah itam krn asik bakar satay tampa cuti


kecuali Thaipusam ssb majikan ingat dia asal  India
Quote DeLuna85 8-2-2023 01:30 AM
Patut masuk perkampungan yang kurang penduduk. Di hujung bandar yang takde sesiapa nak masuk. Hah tiber.
Quote rosedemon 8-2-2023 08:14 AM
cam haremmmmmmmmmmmmmmm

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.874279 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top