CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jatuh Semasa Bermain, Bayi 19 Bulan Terperangkap Dalam Perigi

7-2-2023 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 858| Komen: 3

BANGKOK – Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terperangkap di dalam perigi di sebuah kawasan pedalaman di Thailand, kata pihak berkusa hari ini, dengan anggota penyelamat berusaha menggali  sepanjang malam bagi menyelamatkan kanak-kanak itu.


Mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam perigi selebar 30 sentimeter di wilayah Tak, berdekatan dengan sempadan Myanmar, ketika sedang bermain pada petang semalam.

Foto: AFP

Anggota penyelamat bekerja keras sepanjang malam menggunakan penggali mekanikal bagi menyelamatkan kanak tersebut, yang merupakan anak kepada seorang pekerja asing dari Myanmar.

“Kami hampir mencapai kanak-kanak itu dan dia masih hidup,” kata Ketua Polis Phop Phra, Ratsaran Ketsoising kepada AFP.

Beberapa video di lokasi kejadian yang dikongsikan menunjukkan pasukan penyelamat bekerja keras menggali tanah di samping sebuah ambulans yang dalam keadaan bersiap sedia. – CARI


Sumber: Kosmo/AFP  

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 03:06 PM
ya allah....moga dipermudahkan
Quote Nana_Man 7-2-2023 07:06 PM
Semoga dpt diselamatkan segera
Quote rosedemon 8-2-2023 08:12 AM
sian semoga hidup ya dek

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.130677 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top