CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Perlu Proaktif Kalau Tahu Suami Curang- Cari Bukti Di Pejabat Dan Rumah, Upah Penyiasat Peribadi

7-2-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2395| Komen: 29

Ketabahan pelakon, Puteri Sarah berhadapan konflik rumah tangga sejak 2019 merupakan satu kisah yang mendatangkan perasaan kagum dalam kalangan rakyat negara ini.

Apa yang dilaluinya disifatkan segelintir wanita lebih-lebih lagi golongan isteri sebagai suatu yang luar biasa.


Rata-rata golongan itu meluahkan di ruangan komen media sosial setiap kali berita mengenai Puteri Sarah diterbitkan adalah mereka tidak sanggup berhadapan isu tersebut.


Gambar Hiasan

Bagi mereka, jalan yang hampir pasti diambil dalam keadaan tersebut adalah meninggalkan sahaja suami yang ternyata tidak lagi mahu menjalani kehidupan bersama-sama.

Bahkan, ada dalam kalangan mereka mengakui telah berhadapan dengan masalah serupa yang mana ia menyebabkan kesihatan mental masing-masing terjejas.

Menurut pakar kekeluargaan yang juga Presiden Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia (PPPM), Prof. Dr. Fatimah Daud, seorang wanita secara umumnya hanya mampu bertahan antara empat hingga lima bulan sahaja.


Jelasnya, adalah jarang bagi golongan tersebut mampu bertahan dengan kecurangan suami sehingga setahun mahupun dua tahun.

“Jika ada yang pendam lama, ia memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka. Pendam lama-lama perasaan boleh menyebabkan seseorang isteri sakit jiwa.

“Ia boleh menyebabkan mereka bertindak dengan cara yang tidak sepatutnya apabila tidak tahan lagi dengan situasi tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, dalam keadaan seorang isteri yang mengetahui tentang kecurangan suaminya namun kekurangan maklumat mengenainya, mereka perlu proaktif bagi mendapatkan bukti terhadap perkara tersebut.

Katanya, di era serba moden ini, banyak kaedah yang boleh diambil mereka, antaranya menggunakan khidmat penyiasat peribadi bagi memantau pergerakan suami.

“Periksa apa yang berlaku di pejabat, malah di rumah pula, isteri juga boleh memeriksa pakaian suami. Ia perlu dilakukan untuk membolehkan langkah seterusnya dalam hubungan mereka diambil,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan dalam satu terbitan berkata, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental.

Antaranya, menurut terbitan itu, selain mendapatkan nasihat dari kalangan profesional, seseorang juga boleh berkongsi kebimbangan dihadapi dan masalah dengan orang lain.

“Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hilang selera makan akibat kemurungan boleh merumitkan kesihatan mental.

“Lakukan senaman sebagai aktiviti harian. Amalkan pengambilan ubat-ubatan mengikut nasihat doktor,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerpressor 7-2-2023 10:17 AM
[youtube]gY27GvmKTtA[/youtube]

Jom gais kita berkarok pagi yg permai ini
Quote cikatilia 7-2-2023 10:40 AM
alang2 hire sekali tukang tembak
soh tembak dua2 tu
Quote krustykrab 7-2-2023 10:49 AM
Cakap pasal PI ni teringat kes kat tiktok..

Pompuan ni hire sekor PI siasat laki(skg ni exlaki). Tak pasal² sheol ditahan reman sb PI makan duit haram ni tuduh sheol merompak dia. Padahal sheol pi mintak balik duit yg dh dibyr tu sb PI tak buat keje satu haper pun. Sadis jgk la citer sheols masa dlm tahanan reman tu.
Quote Decaffeinated 7-2-2023 11:09 AM
Sebab tu lah mereka yang dah addicted to mencurang ni opt for open relationship and have the best of both worlds.
Quote Simunggu 7-2-2023 12:02 PM
Islam bagi suami 4 quota selagi mampu...jadi apa masalah nak ambi PI segala pula?
Quote Suchi 7-2-2023 12:15 PM
Kenapa perlu upah PI kalau netizen boleh lakukannya dengan percuma.
Quote Suchi 7-2-2023 12:16 PM
krustykrab replied at 7-2-2023 10:49 AM
Cakap pasal PI ni teringat kes kat tiktok..

Pompuan ni hire sekor PI siasat laki(skg ni exlaki). T ...

Org malaysia ker? Membazir betul duit upah PI yg tak buat apa2 terer lagi acik porem bila CSI.
Kes anak jantan org hilang kat US pun acik forum berjaya jumpa walau cuma duk depan PC/sematpon.
Quote krustykrab 7-2-2023 12:29 PM
Suchi replied at 7-2-2023 12:16 PM
Org malaysia ker? Membazir betul duit upah PI yg tak buat apa2 terer lagi acik porem bila CSI.
Kes ...

Tak semua org yg suka bila buka cerita runahtangga kt medsos. Nt ckp aib kn suami segala. Sb tu buat diam² upah pi cari bukti. Mana tau PI mcm hanat..
Quote krustykrab 7-2-2023 12:32 PM
Simunggu replied at 7-2-2023 12:02 PM
Islam bagi suami 4 quota selagi mampu...jadi apa masalah nak ambi PI segala pula?

Mampu tu byk cabang. Bukan mampu pancut sperma ke sana sini je.
Upah PI tu satu cara utk cari bukti, islam pun tak suruh aniaya isteri. Bg tau bini, lps tu settlekn harta sepencarian sblm ko berpoligami.
Quote umbut 7-2-2023 01:34 PM
Jadi cam omputih best.. Tak yah susah2 kahwin tapi leh sedap2 ada je anak.. Tak poning kepala
Quote noor2 7-2-2023 01:42 PM
Kalau tahu laki curang..
Aku nyah kan je dari hidup aku....dah dia x syg kita cari perempuan lain..knp nk susahkan diri...ramai lagi lelaki baik dan kaya raya..
Quote sarahmirza 7-2-2023 01:56 PM
Simunggu replied at 7-2-2023 12:02 PM
Islam bagi suami 4 quota selagi mampu...jadi apa masalah nak ambi PI segala pula?

Mampu pancut sperm je kebanyakannya....
Quote Simunggu 7-2-2023 02:39 PM
sarahmirza replied at 7-2-2023 01:56 PM
Mampu pancut sperm je kebanyakannya....

ya lah tak pancut melo pula
Quote Simunggu 7-2-2023 02:41 PM
krustykrab replied at 7-2-2023 12:32 PM
Mampu tu byk cabang. Bukan mampu pancut sperma ke sana sini je.
Upah PI tu satu cara utk cari bukt ...

rasanya tiada tu dlm Islam..cukup bagi tau shj...just for info
Quote SalenaGomez 7-2-2023 02:42 PM
umbut replied at 7-2-2023 01:34 PM
Jadi cam omputih best.. Tak yah susah2 kahwin tapi leh sedap2 ada je anak.. Tak poning kepala{:gif_l ...

Manatau best???
Quote laradelara 7-2-2023 04:45 PM
Alahai ada bini yg tau laki curang tp tetap nk kat laki tu. Laki dia tak salah.. Yg salah tu smua skandal laki dia
#ytjt
Quote krustykrab 7-2-2023 09:33 PM
Simunggu replied at 7-2-2023 02:41 PM
rasanya tiada tu dlm Islam..cukup bagi tau shj...just for info

Apa pulak takde, dlm surah an nisa..pigi baca
Quote hashashes 7-2-2023 09:57 PM
So kalau bawa bukti2 suami curang tu kat mahkamah syariah, boleh per cepat kan proses cerai ke tak? Ke sama je proses dia kena kaunseling dulu lah apa lah. Buat nya suami pun drag2 case tanak lafaz talak.
Quote theotherfriend 7-2-2023 10:24 PM
Suchi replied at 7-2-2023 12:15 PM
Kenapa perlu upah PI kalau netizen boleh lakukannya dengan percuma.

hahahs
iols setuju..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.069612 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top