Ketabahan pelakon, Puteri Sarah berhadapan konflik rumah tangga sejak 2019 merupakan satu kisah yang mendatangkan perasaan kagum dalam kalangan rakyat negara ini.
Apa yang dilaluinya disifatkan segelintir wanita lebih-lebih lagi golongan isteri sebagai suatu yang luar biasa.
Rata-rata golongan itu meluahkan di ruangan komen media sosial setiap kali berita mengenai Puteri Sarah diterbitkan adalah mereka tidak sanggup berhadapan isu tersebut.
Gambar Hiasan
Bagi mereka, jalan yang hampir pasti diambil dalam keadaan tersebut adalah meninggalkan sahaja suami yang ternyata tidak lagi mahu menjalani kehidupan bersama-sama.
Bahkan, ada dalam kalangan mereka mengakui telah berhadapan dengan masalah serupa yang mana ia menyebabkan kesihatan mental masing-masing terjejas.
Menurut pakar kekeluargaan yang juga Presiden Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia (PPPM), Prof. Dr. Fatimah Daud, seorang wanita secara umumnya hanya mampu bertahan antara empat hingga lima bulan sahaja.
Jelasnya, adalah jarang bagi golongan tersebut mampu bertahan dengan kecurangan suami sehingga setahun mahupun dua tahun.
“Jika ada yang pendam lama, ia memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka. Pendam lama-lama perasaan boleh menyebabkan seseorang isteri sakit jiwa.
“Ia boleh menyebabkan mereka bertindak dengan cara yang tidak sepatutnya apabila tidak tahan lagi dengan situasi tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, Fatimah berkata, dalam keadaan seorang isteri yang mengetahui tentang kecurangan suaminya namun kekurangan maklumat mengenainya, mereka perlu proaktif bagi mendapatkan bukti terhadap perkara tersebut.
Katanya, di era serba moden ini, banyak kaedah yang boleh diambil mereka, antaranya menggunakan khidmat penyiasat peribadi bagi memantau pergerakan suami.
“Periksa apa yang berlaku di pejabat, malah di rumah pula, isteri juga boleh memeriksa pakaian suami. Ia perlu dilakukan untuk membolehkan langkah seterusnya dalam hubungan mereka diambil,” katanya.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan dalam satu terbitan berkata, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental.
Antaranya, menurut terbitan itu, selain mendapatkan nasihat dari kalangan profesional, seseorang juga boleh berkongsi kebimbangan dihadapi dan masalah dengan orang lain.
“Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Hilang selera makan akibat kemurungan boleh merumitkan kesihatan mental.
“Lakukan senaman sebagai aktiviti harian. Amalkan pengambilan ubat-ubatan mengikut nasihat doktor,” katanya. -CARI
Post time 7-2-2023 10:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Cakap pasal PI ni teringat kes kat tiktok..
Pompuan ni hire sekor PI siasat laki(skg ni exlaki). Tak pasal² sheol ditahan reman sb PI makan duit haram ni tuduh sheol merompak dia. Padahal sheol pi mintak balik duit yg dh dibyr tu sb PI tak buat keje satu haper pun. Sadis jgk la citer sheols masa dlm tahanan reman tu.
Post time 7-2-2023 12:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
krustykrab replied at 7-2-2023 10:49 AM
Cakap pasal PI ni teringat kes kat tiktok..
Pompuan ni hire sekor PI siasat laki(skg ni exlaki). T ...
Org malaysia ker? Membazir betul duit upah PI yg tak buat apa2 terer lagi acik porem bila CSI.
Kes anak jantan org hilang kat US pun acik forum berjaya jumpa walau cuma duk depan PC/sematpon.
Post time 7-2-2023 12:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Simunggu replied at 7-2-2023 12:02 PM
Islam bagi suami 4 quota selagi mampu...jadi apa masalah nak ambi PI segala pula?
Mampu tu byk cabang. Bukan mampu pancut sperma ke sana sini je.
Upah PI tu satu cara utk cari bukti, islam pun tak suruh aniaya isteri. Bg tau bini, lps tu settlekn harta sepencarian sblm ko berpoligami.
Post time 7-2-2023 01:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau tahu laki curang..
Aku nyah kan je dari hidup aku....dah dia x syg kita cari perempuan lain..knp nk susahkan diri...ramai lagi lelaki baik dan kaya raya..
So kalau bawa bukti2 suami curang tu kat mahkamah syariah, boleh per cepat kan proses cerai ke tak? Ke sama je proses dia kena kaunseling dulu lah apa lah. Buat nya suami pun drag2 case tanak lafaz talak.