CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Batuk, Sakit Tekak, Hilang Deria Rasa, Demam Dan Berat Kepala- Jue Aziz Menderita Dijangkiti Influenza

7-2-2023 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1433| Komen: 11

Jue Aziz berkongsi penderitaan yang dialaminya selepas disyaki diserang demam influenza sejak beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsiannya dalam Instagram, Jue atau nama lengkapnya Zuliana Abdul Aziz, 40, berkongsi keadaan dirinya dalam keadaan tidak bermaya, selain hidung dan matanya berair.


“Tengoklah keadaan saya sampai kena pakai tuala untuk lap hingus yang asyik meleleh dan mata berair.

“Nasib baik balik rumah mak. Tak pasal-pasal mak kena layan saya macam bayi sebab tak larat nak buat apa-apa,” kongsinya.


Foto: IG

Selain hilang deria rasa dan bau, Jue juga memberitahu kesan dijangkiti influenza turut menyebabkan dia mengalami masalah pernafasan sehingga sukar tidur.

“Tak boleh tidur sebab kacau pernafasan. Kena bernafas melalui mulut hingga tekak berasa perit,” katanya.

Kongsi pelakon yang pernah membintangi drama Manjalara itu, dia telah pun melakukan ujian kendiri Covid-19 dan mendapati keputusannya adalah negatif.


“Batuk, sakit tekak, hilang deria rasa, demam dan berat kepala. Dah buat ujian Covid-19. Tapi bukan Covid (negatif),” kongsinya.

Pada masa sama, Jue turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya agar segera sembuh dan akan segera berjumpa dengan doktor.

“Terima kasih. Ramai yang hantar mesej dan mendoakan kesihatan saya. Saya amat menghargainya, semoga Allah SWT membalas doa-doa yang baik untuk kamu semua,” ujarnya.

Dalam ruangan komen, ramai pengikut pelakon itu meminta agar Jue segera berjumpa doktor dan mendapatkan suntikan vaksin influenza sebagai langkah pencegahan supaya tidak menjadi semakin teruk.

“Lebih baik ambil vaksin influenza untuk perlindungan. Vaksin ini boleh bertahan selama setahun,” kata seorang pengikutnya.

“Kalau influenza makan antibiotik memang tak berkesan. Doktor akan cadang untuk suntik vaksin influenza,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Sekadar info, influenza merupakan jangkitan virus yang senang dan boleh berjangkit melalui kontak cecair badan seperti kahak, hingus dan air liur.

Influenza juga tidak menyebabkan pesakit cirit-birit atau sakit perut kecuali kanak-kanak. Influenza merupakan jangkitan bermusim dan begitu ketara pada musim sejuk, tetapi berbeza di Malaysia, jangkitan berlaku sepanjang tahun. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 7-2-2023 09:33 AM
hilang mood aku nak komen anat kat opis ni memekak pepagi..bengong
Quote cikatilia 7-2-2023 10:51 AM
gambar dia kat IG cerah nau mcm kayangan
Quote xtinkerbellx 7-2-2023 11:02 AM
cikatilia replied at 7-2-2023 10:51 AM
gambar dia kat IG cerah nau mcm kayangan

Aah suka pakai filter cerah ngat. Padahal da lawa gils
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 11:07 AM
jue aziz ni dulu bercinta lama dgn ako mustapha..
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 11:07 AM
apa pun moga dipermudahkan
Quote starcity 7-2-2023 12:09 PM
Dulu dia ni antara heroine yg hot. Dh la lawa body seksi. Ex bf dia Ako, Jihan Miskin. Lama kapel dgn Jihan last2 kena dump. Jihan kekal dgn wife Korea dia yg kurus kering tu
Quote rosedemon 8-2-2023 08:21 AM
jue ni xkwen lagi ek. gebu2 manjahhh
Quote Jajabeans 8-2-2023 10:19 AM
Suka tgk dia dulu.. cantik, rambut lurus panjang suara serak pastu ckp mcm manja2 pulak tu..
Quote DARSITA 8-2-2023 02:40 PM

Bulan 1 ingat kena covid lepas test negative. Rupanya kena influenza- batuk teruk , hilang deria rasa, demam satu hari. Tak ada muntah. Selesema dlm 2 atau 3 hari. Tak ada pening kepala. Badan lenguh lenguh.

Batuk - Pagi air suam dgn honey. Afternoon air rebusan bunga cengkih yang suam dan malam ubat batuk + flu.

Cold/selesema - aii telan ubat allergies

Hilang deria rasa - aii bantai makan buah pala

Badan lenguh - setiapa hari ambil vit B

Alhamdulillah sembuh dlm 5 hari sahaja.

So kalau you all kena influenza cuba la.
Quote DARSITA 8-2-2023 02:41 PM

Oh lupa nak ckp dia ni kan yang boleh khatam Quran dlm bulan puasa.
Quote Nt-ViruS 8-2-2023 04:09 PM
bagi link IG

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.072388 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top