View: 1224|Reply: 11
|
Batuk, Sakit Tekak, Hilang Deria Rasa, Demam Dan Berat Kepala- Jue Aziz Menderita Dijangkiti Influenza
[Copy link]
|
|
Jue Aziz berkongsi penderitaan yang dialaminya selepas disyaki diserang demam influenza sejak beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsiannya dalam Instagram, Jue atau nama lengkapnya Zuliana Abdul Aziz, 40, berkongsi keadaan dirinya dalam keadaan tidak bermaya, selain hidung dan matanya berair.
“Tengoklah keadaan saya sampai kena pakai tuala untuk lap hingus yang asyik meleleh dan mata berair.
“Nasib baik balik rumah mak. Tak pasal-pasal mak kena layan saya macam bayi sebab tak larat nak buat apa-apa,” kongsinya.
 Foto: IG
Selain hilang deria rasa dan bau, Jue juga memberitahu kesan dijangkiti influenza turut menyebabkan dia mengalami masalah pernafasan sehingga sukar tidur.
“Tak boleh tidur sebab kacau pernafasan. Kena bernafas melalui mulut hingga tekak berasa perit,” katanya.
Kongsi pelakon yang pernah membintangi drama Manjalara itu, dia telah pun melakukan ujian kendiri Covid-19 dan mendapati keputusannya adalah negatif.
“Batuk, sakit tekak, hilang deria rasa, demam dan berat kepala. Dah buat ujian Covid-19. Tapi bukan Covid (negatif),” kongsinya.
Pada masa sama, Jue turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatannya agar segera sembuh dan akan segera berjumpa dengan doktor.
“Terima kasih. Ramai yang hantar mesej dan mendoakan kesihatan saya. Saya amat menghargainya, semoga Allah SWT membalas doa-doa yang baik untuk kamu semua,” ujarnya.
Dalam ruangan komen, ramai pengikut pelakon itu meminta agar Jue segera berjumpa doktor dan mendapatkan suntikan vaksin influenza sebagai langkah pencegahan supaya tidak menjadi semakin teruk.
“Lebih baik ambil vaksin influenza untuk perlindungan. Vaksin ini boleh bertahan selama setahun,” kata seorang pengikutnya.
“Kalau influenza makan antibiotik memang tak berkesan. Doktor akan cadang untuk suntik vaksin influenza,” ujar seorang lagi pengikutnya.
Sekadar info, influenza merupakan jangkitan virus yang senang dan boleh berjangkit melalui kontak cecair badan seperti kahak, hingus dan air liur.
Influenza juga tidak menyebabkan pesakit cirit-birit atau sakit perut kecuali kanak-kanak. Influenza merupakan jangkitan bermusim dan begitu ketara pada musim sejuk, tetapi berbeza di Malaysia, jangkitan berlaku sepanjang tahun. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
hilang mood aku nak komen anat kat opis ni memekak pepagi..bengong |
|
|
|
|
|
|
|
gambar dia kat IG cerah nau mcm kayangan |
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia replied at 7-2-2023 10:51 AM
gambar dia kat IG cerah nau mcm kayangan
Aah suka pakai filter cerah ngat. Padahal da lawa gils |
|
|
|
|
|
|
|
jue aziz ni dulu bercinta lama dgn ako mustapha.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa pun moga dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu dia ni antara heroine yg hot. Dh la lawa body seksi. Ex bf dia Ako, Jihan Miskin. Lama kapel dgn Jihan last2 kena dump. Jihan kekal dgn wife Korea dia yg kurus kering tu |
|
|
|
|
|
|
|
jue ni xkwen lagi ek. gebu2 manjahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk dia dulu.. cantik, rambut lurus panjang suara serak pastu ckp mcm manja2 pulak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan 1 ingat kena covid lepas test negative. Rupanya kena influenza- batuk teruk , hilang deria rasa, demam satu hari. Tak ada muntah. Selesema dlm 2 atau 3 hari. Tak ada pening kepala. Badan lenguh lenguh.
Batuk - Pagi air suam dgn honey. Afternoon air rebusan bunga cengkih yang suam dan malam ubat batuk + flu.
Cold/selesema - aii telan ubat allergies
Hilang deria rasa - aii bantai makan buah pala
Badan lenguh - setiapa hari ambil vit B
Alhamdulillah sembuh dlm 5 hari sahaja.
So kalau you all kena influenza cuba la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh lupa nak ckp dia ni kan yang boleh khatam Quran dlm bulan puasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|