CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Suruh Jaga Solat, Banyakkan Mengaji," -Hafreez Adam Alami Kemurungan Sampai Cederakan Diri Sendiri

7-2-2023 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4644| Komen: 48

Sebagai individu yang pernah mengalami tekanan mental sehingga mencederakan diri sendiri, pelakon Hafreez Adam mengingatkan kepada masyarakat di luar sana agar tidak memandang ringan tentang penyakit tersebut.


Ujarnya, jangan sesekali menyuruh pesakit yang mengalami kesihatan mental agar menjaga soal agama seperti solat dan mengaji kerana orang luar tidak akan pernah tahu apa yang dilalui golongan tersebut.

Foto: IG

“Bila orang kongsi atau cerita pasal isu kesihatan mental, jangan cakap kepada mereka, ‘jaga solat’, ‘banyakkan mengaji’.

“Kalian takkan pernah tahu apa yang mereka harungi. Kalian tak tahu apa yang mereka lakukan untuk jadi dan rasa lebih baik. Kalian takkan tahu,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Tambah Hafreez, jika seseorang itu tidak berkongsi ibadah dalam media sosial, tidak bermakna dia tidak melakukan amalan tersebut dalam kehidupan.




“Tak semua orang kongsi gambar atas sejadah. Tak kongsi, tak bermakna tak buat. Bayangkan. Macam mana kalau orang tu buat semua, solat, mengaji tapi tetap ada isu (kesihatan mental).

“Sedangkan kalian menyuruh mereka buat. Mereka ada buat, tapi hanya Allah yang tahu,” katanya lagi.

Pelakon drama Tarik Aku Ke Syurga itu mengingatkan semua bahawa setiap ujian manusia berbeza-beza.



Justeru, apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa mendoakan golongan tersebut yang bergelut dengan ‘perang’ dalam diri sendiri.

“Kalian putus cinta dengan kekasih pun menangis sampai 13 hari. Sekurang-kurangnya kalian tahu kenapa rasa begitu.

“Bayangkan orang yang rasa terpuruk, tapi tak tahu punca? Senang ke nak okey kalau punca pun tak tahu? Jadi baik ya kalian, jadi baik,” tulisnya lagi.




Terdahulu, beberapa tahun lalu, Hafreez membuat pendedahan mengejut apabila pernah mengalami tekanan mental sehingga tahap mencederakan diri sendiri.

Keadaan itu berlaku kerana dia kerap berdepan situasi yang mengecewakan sejak kecil dan hanya memendam perasaan seorang diri tanpa berkongsi kepada orang lain termasuk ibunya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 7-2-2023 09:43 AM
Sakit mental nih boleh sembuh ker?

Contoh bipolar tuh... Boleh sembuh atau bergantung ubat sumur hidup.

Nampak elok tapi jiwa sakit. Semua orang salah dia ajer yang betul. Jadi org yang normal nih kena tadah jer perangai dorang. Sakit yang tak nampak.
Quote sangbara2020 7-2-2023 10:24 AM
skrg byk tul masalah mental retis2 nih
Quote DeLuna85 7-2-2023 10:26 AM
Aku setuju dengan apa yang dia cakap.
Quote takkizawa 7-2-2023 11:01 AM
Setuju. Cuma nk minta pencerahan geng2 forum. Dia ni rogayah ke ape? Rasa mcm ya. Tpi entah. Tpi tula i mcm agak kagum la dgn dia punya kegigihan persistent dari dlu untuk terus jadi artis ni.
Quote Andyscenes 7-2-2023 11:08 AM
org nasihat. jadilah manusia berguna utk terima nasihat org
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 11:11 AM
agreed....gws hafeez
Quote dudaberhias 7-2-2023 11:47 AM
betul la apa dia cakap tu...

solat dan mengaji tu bukan boleh sembuhkan dia, tapi memang ada certain orang boleh sembuh dengan mendekatkan diri pada tuhan... ada banyak penyebab kemurungan...

tapi kalau sakit mental tu lain... contohnya gila dikkk... kalau tak waras tak wajib sembahyang ke mengaji sebab dah memang tak waras... kalau ko suruh orang tu mengaji jugak.. ko tu yang patut di ngajikan... sumbat je ko dalam sekolah pondok... takpun sumbat je ke dalam rumah bainun tu biar dia siram kau pakai air coway panas...
Quote myvi132806 7-2-2023 12:00 PM
baiklaahhh hapreeekkk ..
g la disko joget2 sana utk release kan kau punya masalah kemurungan sana
tu yg kau nak org cakap sbnr nya keeennnss
Quote azimodin 7-2-2023 12:20 PM
Betul. Iouls masa baru2 diagnosed pon terpaksa hadap cakap2 orang yg x supportive i.e
1. Ko ni kena kuatkan iman. Orang xde iman je yg fikir nak bunuh diri
2. Ko patut beruntung sebab ko confirm masuk syurga (refering tu anak yg meninggal)
3. At least ko masih ada kerja yg bagus. Anak tu nanti2 boleh beranak lagi
4. Ko pergi la solat & mengaji banyak2. Ubat doktor bukan membantu pon
5. Jangan makan ubat antidepressants.  Nanti ko jadi bodoh-bodoh

Alhamdulillah hasil support dari ibu tersayang, iouls dah x perlu makan ubat lagi.
Quote tipah89 7-2-2023 12:31 PM
tapi mmg betul apa yg dia ckp. kadang sakit2 mental mcm depression ni mmg kadang2 org yg menhidap pun xtahu yg dia ada sakit tu n strugglenya nak kembali normal..sakit tu boleh berlalu lagi2 kalau dpt sokongan dari org sekeliling, tapi trauma tu xkan hilang ya.
Quote becir 7-2-2023 12:31 PM
azimodin replied at 7-2-2023 12:20 PM
Betul. Iouls masa baru2 diagnosed pon terpaksa hadap cakap2 orang yg x supportive i.e
1. Ko ni kena  ...

lama ke u on medication?

Quote kotakominami 7-2-2023 12:32 PM
Bila org cerita dia ade mental illness aku auto kesian kt family diorang....sebab kau rasa terseksa, family kau berganda ganda terseksa....life diorang revolved around you...nak hepi2 teringat kt kau yg murung...nk pergi jalan2 tersekat sebab tkbleh tinggal kau sorang2...bila kau buat gila sekaligus kau mendera mental family kau tapi mereka kena bertahan alasannye kau tak sihat....
Quote Kancilkering 7-2-2023 12:34 PM
Edited by Kancilkering at 7-2-2023 12:41 PM
azimodin replied at 7-2-2023 12:20 PM
Betul. Iouls masa baru2 diagnosed pon terpaksa hadap cakap2 orang yg x supportive i.e
1. Ko ni kena  ...


toxic positivity gituh….

biasa lah org yg bercakap tu nak ease dia nye uncomfortable feelings toward the issue brought to them….


Quote azimodin 7-2-2023 12:38 PM
becir replied at 7-2-2023 12:31 PM
lama ke u on medication?

6 bulan camtu . Masa pkp keadaan iouls bertambah baik sebab x payah hadap makcik2 bawang. So doktor try stop medication, just pergi sesi therapy.
Quote azimodin 7-2-2023 12:45 PM
kotakominami replied at 7-2-2023 12:32 PM
Bila org cerita dia ade mental illness aku auto kesian kt family diorang....sebab kau rasa terseksa, ...

Bukan semua kes camtu. Iouls ada depression, boleh pjj dengan husband. Family iouls lek2 je pergi umrah, japan, iceland, legoland, disneyland.. ada trip yg i join. Ada yg i x pergi. Kat rumah ada cctv, dorang boleh check bila iouls tinggal berdua kat rumah. Yg penting keluarga kena supportive. Kalau family anggap orang2 yg sakit mental ni sebagai emotional burden, memang susah la nak recover.
Quote makneng 7-2-2023 01:00 PM
Mak setuju dgn mamat ni. Kwn mak asa sorang counsellor. Dia ada patient yg solat awal waktu, lat 2-3hari khatam quran, lat 2-3hari khatam alquran tapi masih bergantung pada medication and on off warded.
Org yg duk nasehat kau baca quran n solat tu lbh kpd toxic positivity jah.
Quote kotakominami 7-2-2023 01:15 PM
azimodin replied at 7-2-2023 12:45 PM
Bukan semua kes camtu. Iouls ada depression, boleh pjj dengan husband. Family iouls lek2 je pergi  ...

Good for you
Quote gideoncross 7-2-2023 01:16 PM
DeLuna85 replied at 7-2-2023 10:26 AM
Aku setuju dengan apa yang dia cakap.

Yep, tntng mental health ni iol pun stuju. Asl org tu stress, msti akn ada ckp "Tu lh x smbhyg, tu lh x ngaji". Nope, tu bukn punca utama stress. Nnti klau tnjuk smbhyg & ngaji, kna cap riak plak.
Quote gideoncross 7-2-2023 01:21 PM
makneng replied at 7-2-2023 01:00 PM
Mak setuju dgn mamat ni. Kwn mak asa sorang counsellor. Dia ada patient yg solat awal waktu, lat 2-3 ...

Kat Brunei sinipun dh rmai anak2 muda yg sedar akn mental health, prnh dlu skli tu ada sorg ni nk trjun dri jmbtn tinggi, nak bunuh diri tpi smpt d slamatkn pstu kna denda $1500 plak. So rmai yg brsuara yg c mngsa x boleh d denda tpi prlu d hntr ke theraphy yg brsesuaian pstu ada jugak talks bgithu klau ada Muslim yg cmni, kita xyah nak mngata knonnya c mngsa ni mlas smbhyg & mlas ngaji sbb smbhyg & ngaji d wajib, cuma bila org klau dh ada mental health trganggu, bila2 je dorg boleh "out" klau x jga diri, esp klau msa brseorangan.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.050096 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top