Seekor kerbau betina menanduk seorang petani sehingga mati di wilayah Nakhon Nayok, timur laut Thailand pada Khamis, lapor Thaiger. Pegawai di Balai Polis Ban Na dimaklumkan bahawa seekor kerbau mengejar dan membunuh seorang lelaki di Kampung No. 7 di mukim Ban Phrao.
Setibanya di lokasi kejadian, polis menemui mayat mangsa dikenali sebagai Manoch berusia 55 tahun yang terbaring atas rumput akibat kecederaan parah selain mendapati tangan dan kaki kirinya patah. Turut dijumpai organ manusia yang tergantung di tanduk kerbau berusia tujuh tahun itu. Menurut saudara Manoch, mereka mencarinya sejak pagi Khamis dan berjaya menjumpai pada waktu tengah hari. Sumber: Sinar Harian
|
naina replied at 4-2-2023 10:07 PM
Hish ngerinya..
Pakcik aku pun ninggal ditanduk lembu
Habis merobek perut
naina replied at 4-2-2023 10:07 PM
Hish ngerinya..
Pakcik aku pun ninggal ditanduk lembu
Habis merobek perut
shernazz replied at 4-2-2023 10:47 AM
Organ apa la yang tergantung tu ..
Jantung ke...
Firenzza replied at 6-2-2023 08:16 PM
Blh share sbb2 lembu tu mengamuk sampai tanduk atuk uols?
green~tea replied at 6-2-2023 08:45 PM
tak perasan ke cane ? tengah khusyuk wat keje ke? or kerbau ketakutan ke
green~tea replied at 6-2-2023 08:46 PM
tu la aku pun tepikir gini tp maybe belah2 perut la kot sbb lembut kan senang terburai.. jantung p ...
ice_sky92 replied at 6-2-2023 10:29 PM
Seram. Apa punca kerbau boleh jadi ganas ya?
ADVERTISEMENT