Pemandu Proton Exora diburu penduduk selepas didakwa mencuri empat telefon pintar berjenama di Taman Jaya Mulia, Ampang Jaya, Kuala Lumpur pada Khamis. Ketika kejadian, mangsa dilihat berada di kaki lima premis berkenaan sebelum mula menjalankan kegiatan curi tersebut.
Tidak diperhatikan mana-mana pihak mahupun pemilik kedai, suspek kemudiannya terus menceroboh masuk premis berkenaan. Kedai tersebut yang tidak berpenghuni ketika kejadian, sekali gus memudahkan kerja si pencuri untuk memeriksa jenis telefon yang mahu dicuri. Identiti suspek dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan pemilik kedai dikhabarkan sedang memburu individu berkenaan. Bijak membuat percaturan dalam kegiatan yang dijalankan, suspek difahamkan melarikan keempat-empat telefon pintar terbabit dengan salah satu daripadanya adalah jenama iPhone. Menjengah di ruangan komen, warganet menggesa orang ramai yang mengenali suspek untuk tampil memberikan maklumat.
|
ADVERTISEMENT