CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 3

Cepat Kesan Pemandu Exora Merah Ini, 4 Biji Telefon Berjenama Termasuk iPhone Dikebasnya!

[Copy link]
Post time 3-2-2023 09:19 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu Proton Exora diburu penduduk selepas didakwa mencuri empat telefon pintar berjenama di Taman Jaya Mulia, Ampang Jaya, Kuala Lumpur pada Khamis.


Ketika kejadian, mangsa dilihat berada di kaki lima premis berkenaan sebelum mula menjalankan kegiatan curi tersebut.








Tidak diperhatikan mana-mana pihak mahupun pemilik kedai, suspek kemudiannya terus menceroboh masuk premis berkenaan.


Kedai tersebut yang tidak berpenghuni ketika kejadian, sekali gus memudahkan kerja si pencuri untuk memeriksa jenis telefon yang mahu dicuri.


Identiti suspek dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan pemilik kedai dikhabarkan sedang memburu individu berkenaan.


Bijak membuat percaturan dalam kegiatan yang dijalankan, suspek difahamkan melarikan keempat-empat telefon pintar terbabit dengan salah satu daripadanya adalah jenama iPhone.


Menjengah di ruangan komen, warganet menggesa orang ramai yang mengenali suspek untuk tampil memberikan maklumat.




  



“Sesiapa yang kenal lelaki tu tolong tampil bagi maklumat, muka jelas dah ada dalam kamera CCTV mustahil tak ada yang kenal,” kata Zul Zuhairi.


“Cap jari dia bersepah, muka jelas dah dirakam dalam CCTV, pelik pencuri ni tak fikir ke semua bukti dah ada,” ujar Qheikal.


“Berani betul di masuk mencuri, padahal dia perasan dah ada kamera, tapi masih gagah nak mencuri sampai empat pula dia ambil,” tambah 4sya99999.


Sehingga kini masih belum ada sebarang laporan polis dilaporkan berhubung kes tersebut dengan pemilik akaun @billidollah di Twitter mengharapkan agar perkongsian itu berjaya meraih perhatian warganet untuk membantunya menjejaki suspek.


Dalam pada itu, orang ramai dinasihati untuk tidak meniru aksi tersebut yang salah di sisi undang-undang.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat dapat tangkap pelaku nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:02 PM | Show all posts
Penyamun level amatur
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:56 PM | Show all posts
TT nanti tolong update bila dah dapat cekup

Tak sempat siang ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.039803 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list