CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Bunuh Warga Emas, Rakam Video TikTok Di Rumah Mangsa Dengan Model

3-2-2023 06:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1934| Komen: 10

Seorang lelaki yang membunuh wanita warga emas berusia 71 tahun, sempat merakam beberapa video TikTok sedang menari bersama seorang model di kediaman mangsa di England.

Lapor Mirror, Mohammed El-Abboud merakam video dirinya menari bersama teman wanita rakan subahatnya, Maria Amariucai di rumah Louise Kam yang terletak di Barnet Utara London.


Daily Mail

Mohammed yang bekerja sebagai penghantar barang, memuat naik video aksi menari berdua itu di hartanah mangsa, seolah-olah mereka adalah pemilik kediaman tersebut.

Mohammed bersama rakan subahatnya, Kusai Al-Jundi berkomplot untuk mencuri dan menipu Kam menandatangani dokumen surat kuasa bagi membolehkan mereka memperolehi hartanah mangsa bernilai jutaan Pound.

Selepas penipuan demi penipuan dalam cubaan untuk memperdaya Kam, mereka akhirnya membunuh mangsa dengan kejam pada Julai 2021.    


“Pada mulanya, Kusai cuba memikat Kam dengan mendakwa dia jatuh cinta dengan mangsa. 

“Tetapi apabila helah itu tidak menjadi, dia bersama Mohammed mencekik mangsa dengan wayar pengering rambut di kediaman mangsa.

“Komplot mereka terdedah apabila Mohammed menceritakan kisah sebenar kepada Amariucai,” jelas laporan itu. 

Kini, Mohammed dan Kusai masing-masing dikenakan hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah membunuh Kam yang mereka cuba jerat mangsa dalam penipuan cinta bernilai 4.6 juta Pound (RM24.17 juta).

Dilaporkan, Amariucai pula berpaling tadah dan menjadi saksi utama kes berkenaan. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abc246 3-2-2023 10:02 PM
Giler. Yang bukan2 je depa ni
Quote intan244 4-2-2023 01:17 AM
sejahat manusia. semoga mendapat balasan dasyat dunia akhirat.
Quote Andyscenes 7-2-2023 01:28 AM
nama je org islam. malu aku malu
Quote Dwdrum 7-2-2023 06:26 AM
Dasar pemalas                           
Quote Cokoro 7-2-2023 07:57 AM
Hmmmm. Lagilah local marah dgn imigran. Sama mcm kat sinilah. Dahlah nama mohammad. Iols suka duk tgk 90days fiance. Samalah depa suka duk ngorat omputih usa sbb nk mai usa
Quote Tinot7 7-2-2023 08:04 AM
Kecian acik tuh.. nak hidup aman2 dlm kekayaan dia pun ada org nak scam..
Quote prince_marhaen 7-2-2023 09:56 AM
sampai kiamat ye bangsa ni yang terpaling kasar, degil, biadap & sejahat-jahat akal fikiran.... sebab tu perlukan ramai khalifah di kalangan bangsa ni..
Quote umbut 7-2-2023 10:00 AM
Dahler menyemak kat negara org pastu buat perangai
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 10:43 AM
UK sekarang dah mcm2 kes bunuh
Quote tompie 7-2-2023 11:31 AM
Kaya betul acik tu... rumah pun 4.6 milion GBP.. bukan kaleng2.
kalau tengok cerita2 jual property kat UK tu, 1 juta pun dah mewah gila.. tapi kat countryside la.. siap tanah 1-2 ekar.
kalau kat Barnet tu 4.6 mils pun mesti dah mewah gila dah..

Acik ni mesti takde family, sebab tu ah kena target dengan geng2 malaun ni.. datang UK as asylum seekers, tapi end up jadik parasite.. Berapa kerat je yang datang sana nak keje?

Dulu2 aku ramai gak kawan2 dengan diorang ni, mostly geng2 Kurdish, jadik Asylum seeker since zaman Saddam hussein lagi.. ada la 2-3 kerat yang bagus tapi, mostly mengarut,.. bila sama2 dengan geng diorang ni mmg banyak mengarut ah..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.090896 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top