LONDON – Seorang wanita menjadi jutawan seawal usia 23 tahun selepas memulakan perniagaan menawarkan khidmat membersihkan kediaman, lapor portal berita MailOnline semalam. Jennifer Hernandez berkongsi kisahnya dan memberi nasihat kepada orang ramai dalam akaun TikTik @tropicalcleanings.
Wanita itu tular bulan lalu selepas memuat naik video yang mendakwa dia menjana pendapatan AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan dengan pekerjaan itu. Hernandez akan membersihkan lima pejabat pada setiap hari dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Dalam tempoh seminggu, dia akan memperoleh AS$8,759 (RM37,344). Wanita itu juga mempunyai 20 pekerja yang bekerja syif lapan jam. Setiap pekerjanya akan mengumpul wang sebanyak AS$1,000 (RM4,263) sehari. “Cuba kira…jumlahnya AS$600,000 (RM2.6 juta) sebulan. Saya hanya berusia 23 tahun yang hanya berkata, Ayuh kita lakukan. Awak pun boleh,” katanya.
Hernandez telah menyiarkan berpuluh-puluh klip video pada bulan lalu sambil menjawab soalan dan tips tentang perniagaannya yang semakin berkembang. Ketika memulakan perniagaan, dia hamil enam bulan dan mempunyai seorang bayi untuk dijaga. Suaminya kemudian berhenti kerja untuk membantunya mengembangkan perniagaan tersebut. -CARI Sumber: Kosmo
|
Kitty_catz replied at 4-2-2023 01:04 PM
cleaner umah meols pun kepuk2 dhuet dapat sebulan, mewah mcm m40, tak kena income tax bagai lagi
fi ...
Tinot7 replied at 4-2-2023 02:31 PM
Mahainya income dia.. kalau maod bkn ka rm1.5k jahh sebulan?
Kitty_catz replied at 4-2-2023 09:05 PM
yes,, sini rega std kalau jaga rentua, ada tanya dah mmg rm2K to rm2.5K/mo masuk hari2
lgpn dia b ...
Tinot7 replied at 5-2-2023 11:44 AM
Kaka tau dak baper rega just utk masuk kemas, masak bagai? Takkan 2-2.5k jugak?
Kitty_catz replied at 5-2-2023 12:10 PM
kut masuk hari2 ekceli chuols boleh nego tau, kwn meols dapat hat masuk hari2, dlm rm1,800 mcm gitu ...
zehra2 replied at 4-2-2023 10:06 AM
orang kita tak nak kerja camni.. kalau ditegur tak bersih terus merajuk
bukan nya public toilet pun. ...
Tinot7 replied at 5-2-2023 12:19 PM
Mcm menarik jahh.. kalau gugel voley dpt ka? Gugel day maid ka? Kaka ada reliable sources ka?
Kitty_catz replied at 6-2-2023 08:20 AM
kaka try la... tengok area.. sbb kawasam meols ni ramai yg jenih day maid ni so senang dapat.. and ...
ADVERTISEMENT