CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ilhan Omar Dipecat Dari Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri AS Sebab Anti-Israel

3-2-2023 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 645| Komen: 0

Republikan Amerika Syarikat (AS) memecat ahli kongres progresif, Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri kerana mengeluarkan kenyataan sensitif berkenaan Israel.

Lapor Al Jazeera, Dewan Perwakilan AS hari ini meluluskan resolusi untuk melucutkan Ilhan, seorang bekas pelarian dari Somalia dan salah seorang daripada dua wanita Islam di Kongres yang diberi tugasan dalam jawatan kuasa berkenaan.




Penggubal undang-undang Republikan berhujah bahawa Ilhan terlibat dalam retorik anti-semitik dan anti-Israel yang membatalkan kelayakannya daripada berkhidmat dalam panel dasar luar negara.

Tetapi sebelum pengundian (memecat) dibuat, Ilhan berhujah, Parti Republikan cuba menyasarkannya kerana identitinya.

“Terdapat idea bahawa anda adalah suspek jika anda seorang pendatang atau jika anda dari bahagian tertentu di dunia atau warna kulit tertentu atau seorang Islam.


“Bukan kebetulan, ahli parti Republikan juga menuduh presiden kulit hitam pertama, Barack Obama, sebagai seorang orang Islam rahsia,” katanya.

Ilhan menambah, dia tidak akan terpengaruh dengan langkah Republikan.

“Jika saya tidak berada dalam jawatan kuasa ini untuk satu penggal, suara saya akan menjadi lebih lantang dan lebih kuat dan kepimpinan saya akan diraikan di seluruh dunia seperti yang  berlaku.

“Jadi ambil undi anda atau tidak. Saya masih di sini untuk tinggal,” ujar Ilhan.

Dia berikrar untuk terus bersuara bagi mereka yang mengalami peperangan yang tidak adil, kekejaman, pembersihan etnik, pendudukan atau perpindahan.

White House menggelar penyingkiran Ilhan daripada jawatan kuasa itu sebagai aksi politik dan menjejaskan rakyat Amerika.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.111462 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top