PETALING JAYA – Dalam Dewan Rakyat ‘bergasak’, tetapi di luar ibarat adik-beradik. Itu perkongsian Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memuat naik gambar bersama Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden, di dalam pesawat.
Menerusi hantaran pada Facebook yang dimuat naik beliau, Tengku Zafrul yang menggunakan dialek utara memberitahu, beliau terserempak dengan dua individu tersebut di dalam kapal terbang bagi penerbangan ke Alor Setar, Kedah. “Nak mai Alor Staq, serempak YB Arau dan YB Alor Staq masa ‘flight’. Biasanya la geng Parlimen ni, dalam dewan ‘bergasak’ bagai nak rak, tapi kat luaq (luar) lagu adik-beradik. “Saya len (lain) sikit, dalam dewan ka luaq (luar) ka sempoi ja, dengan semua orang saya baik,” katanya pada hantaran tersebut.
Dalam pada itu, beliau menasihati pengikutnya supaya menjaga perhubungan dengan rakan sekali gus tidak bermasam muka hanya kerana politik. “Jangan hangpa lak gaduh politik dengan member sampai tak tegur 40 hari,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, pengguna media sosial meninggalkan maklum balas positif serta memuji sikap ditonjolkan ketiga-tiga mereka. “YB semua sempoi, yang dok kalut tu penyokong tegaq (tegar). Ke mana ni rombongan cik kiah,” kata Kak Ami. “Alhamdulillah, inilah dia intelektual di dalam politik. Gunakan minda dan hati, bukannya emosi di dalam politik. Semoga Allah merahmati,” ujar Andalusia Yusuf Islam. -CARI Sumber: Kosmo
|
mojarean_X replied at 5-2-2023 04:45 PM
Iols smpi skrg rasa dari dulu dorang pura2 gaduh utk maintan political balance dlm negara ni. X caya ...
terma2nkondisi2 replied at 5-2-2023 08:59 PM
bakal pm seterusnya mungkin bukan dari umno.. nurul izzah sekarang ni tngh training utk jadi pm yg ...
mojarean_X replied at 5-2-2023 09:08 PM
Skeptikal lps ni akan ada lg PM dari PKR. Negara ni semakin bergerak ke arah konservatif terutama ...
ADVERTISEMENT