CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Umur 20 Tahun Hilang Sejak Rabu Lepas, Jumpa Motor Je Di Pulau Mawar, Mersing

3-2-2023 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1663| Komen: 11

Seorang remaja dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Makmur Kluang, Johor kira-kira pukul 7 pagi, Rabu lalu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Aku Budak Kluang (ABK), remaja terbabit, Muhammad Akmal Hakimi Ishak, 20 dikatakan keluar rumah dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda Wave ketika hari kejadian.


Menurut ibu mangsa, sehingga hari ini, anaknya itu tidak pulang dan satu laporan polis telah dibuat mereka sekeluarga pada hari kejadian.


Foto: Kosmo

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Facebook ABK, orang ramai hanya menemui motosikal mangsa di Pulau Mawar, Mersing hari ini.

“Motosikal telah dijumpai di Pulau Mawar, Mersing, mohon warga Mersing jika ada info sila hubungi pihak keluarga di talian 017-7916270.

“Mohon doa semoga dipermudahkan segala urusan pencarian,” tulis ABK.

Tambah ABK, keadaan cuaca di Pulau Mawar ketika ini pula hujan sedang lebat.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan agar remaja terbabit segera ditemui dengan selamat.

“Pulau Mawar tu kalau air nak pasang tu cepat-cepat la keluar dari situ. Kalau dah air pasang jangan berani-berani nak berenang keluar, ramai yang dah jadi korban lemas,” tulis Ida Mawar.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Waja Hitam.

“Allahuakbar semoga dipermudahkan segala urusan mencari mangsa dan dapat ditemui dengan selamat Insya-Allah,” doanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 3-2-2023 08:18 PM
Sorry nak tanya 20 tahun masih di kira remaja lagi ke?
Quote Abc246 3-2-2023 10:06 PM
Semoga ditemui dengan cepat dan selamat
Quote eyansss 3-2-2023 11:26 PM
husie91: Sorry nak tanya 20 tahun masih di kira remaja lagi ke?


aah…  biasanya 25 baru dikira dewasa…
Quote Decaffeinated 4-2-2023 12:29 AM
husie91 replied at 3-2-2023 08:18 PM
Sorry nak tanya 20 tahun masih di kira remaja lagi ke?

aku pun dulu menyangka remaja=teenager

apparently no


Quote wirazam 4-2-2023 08:40 AM
Dah jumpa ke??
Quote grouper 4-2-2023 08:53 AM
Maybe kaki pancing kot budak ni..pulau mawar tu mcm best je byk port ikan kerapu utk yg kaki casting
Quote Zazama 4-2-2023 12:00 PM
Mudah2an mangsa dijumpai..
Quote nazzel_fly 4-2-2023 10:28 PM
husie91: Sorry nak tanya 20 tahun masih ...
teenager sepatutnya dari umur 13 ke 19, sebab twelve, takde ‘teen’, thirteen baru ada ‘teen’, and ends dekat nineteen. Twenty mana ada ‘teen’ kan, ‘ty’ je.
Quote MsIda 4-2-2023 10:32 PM
Mudah2 an dijumpai dalam keadaan selamat & dipermudahkan urusan mencari adik ini...Aamiin... Kesian keluarga dia terutama mak bapak dia
Quote Nuyak 7-2-2023 10:54 AM
dengar nya p solo hiking...
Quote Burong_Hantuk 7-2-2023 10:59 AM
moga dipermudahkan yer

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.074029 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top