Aeril Zafrel didakwa menjadi pempengaruh untuk ‘menghasut rakyat’ ketika Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu. Dakwaan itu dilemparkan menerusi ciapan seorang individu dikenali sebagai Azrul Azimi di Twitter yang mendakwa Aeril dan isteri, Wawa Zainal menerima bayaran untuk menyokong Perikatan Nasional.
“Siapa dominan, siapa tunduk aku tak tahu, dan sejujurnya aku tak nak tau pun. “Tapi apa yang pasti dua-dua ambik job berbayar jadi influencer hasut rakyat sokong Perikatan Nasional,” kata individu tersebut. Tidak berdiam diri, Aeril membalas kenyataan lelaki itu dengan bersumpah bahawa dia tidak mengambil sebarang bayaran dan memintanya memadam ciapan berkenaan.
“Fitnah ni. Banyak kali dah aku jawab, tapi kali ni terpaksa lafazkan. Demi Allah satu sen pun aku tak ambik! “Boleh saman ke statement dia ni? “12 jam dari sekarang, sila mohon maaf & delete,” ujar Aeril kepada individu itu.
|
ADVERTISEMENT