CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tua Pukul Bekas ADUN Di Masjid Guna Kerusi, Sampai Berdarah-Darah Kepala

3-2-2023 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1159| Komen: 6

Kangar: Seorang lelaki tidak siuman ditahan selepas memukul bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang di Masjid Alwi di sini, hari ini.

Datuk Saad @ Md Zain Hamzah, 87, dari Bintong, Kangar dan pernah menjadi Adun Sanglang daripada 1978 dan 1986 cedera di kepala disyaki dipukul menggunakan kerusi oleh lelaki terbabit.


Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku jam 5.30 pagi ketika mangsa sedang bersiap-siap untuk memasuki masjid itu bagi menunaikan solat Subuh berjemaah.


Foto: Harian Metro

"Mangsa sebelum itu tiba di perkarangan Masjid Alwi sekitar jam 5.15 pagi dan berada di dalam kenderaannya untuk mendengar tazkirah selama 15 minit.

"Selepas selesai tazkirah, mangsa berjalan ke arah hadapan masjid dan berhenti sebentar untuk menyumbang ke tabung anak yatim.

"Tiba-tiba, mangsa didatangi seorang lelaki yang mengamuk yang terus memukulnya menyebabkan mangsa terjatuh di lantai perkarangan masjid," katanya pada kenyataan.


Katanya, mangsa kemudiannya berlari ke satu sudut di masjid berkenaan dan meminta bantuan pengawal keselamatan masjid untuk menghubungi polis dan ambulans.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk rawatan.

"Suspek yang berusia 65 tahun kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di HTF.

"Suspek dipercayai mempunyai masalah mental namun motif serangan masih disiasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 3-2-2023 01:50 PM
Allahuakhbar..org tua tuu
Hopefully tadak internal bleeding.
Quote intan244 3-2-2023 08:47 PM
Ya Allah, semoga cepat sembuh pakcik ex adun.
Quote Belibis 3-2-2023 08:54 PM
Belasah kang mati pulak si gila..kena 302 kk pulak..redho jer la pakcik..dunia ini penuh sandiwara..
Quote Abc246 3-2-2023 10:16 PM
Kesian mangsa tak pasal2 kene pukul
Quote mojarean_X 3-2-2023 10:20 PM
Iols yg baru 30s ni kalo terlanggar pintu pun sakit, apatah kalo 86 tahun kena pukul. X dpt iols bygkan kesakitannya. X mkn ubat ke org x siuman tu
Quote Decaffeinated 3-2-2023 10:42 PM
87 tahun? apa rahsia pakcik

Mujur tak mati kena pukul dengan kerusi kot

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.481488 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top