View: 790|Reply: 6
|
Lelaki Tua Pukul Bekas ADUN Di Masjid Guna Kerusi, Sampai Berdarah-Darah Kepala
[Copy link]
|
|
Kangar: Seorang lelaki tidak siuman ditahan selepas memukul bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang di Masjid Alwi di sini, hari ini.
Datuk Saad @ Md Zain Hamzah, 87, dari Bintong, Kangar dan pernah menjadi Adun Sanglang daripada 1978 dan 1986 cedera di kepala disyaki dipukul menggunakan kerusi oleh lelaki terbabit.
Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian berlaku jam 5.30 pagi ketika mangsa sedang bersiap-siap untuk memasuki masjid itu bagi menunaikan solat Subuh berjemaah.
Foto: Harian Metro
"Mangsa sebelum itu tiba di perkarangan Masjid Alwi sekitar jam 5.15 pagi dan berada di dalam kenderaannya untuk mendengar tazkirah selama 15 minit.
"Selepas selesai tazkirah, mangsa berjalan ke arah hadapan masjid dan berhenti sebentar untuk menyumbang ke tabung anak yatim.
"Tiba-tiba, mangsa didatangi seorang lelaki yang mengamuk yang terus memukulnya menyebabkan mangsa terjatuh di lantai perkarangan masjid," katanya pada kenyataan.
Katanya, mangsa kemudiannya berlari ke satu sudut di masjid berkenaan dan meminta bantuan pengawal keselamatan masjid untuk menghubungi polis dan ambulans.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk rawatan.
"Suspek yang berusia 65 tahun kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kangar untuk siasatan," katanya.
Beliau berkata, mangsa kini dirawat di HTF.
"Suspek dipercayai mempunyai masalah mental namun motif serangan masih disiasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakhbar..org tua tuu
Hopefully tadak internal bleeding. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, semoga cepat sembuh pakcik ex adun. |
|
|
|
|
|
|
|
Belasah kang mati pulak si gila..kena 302 kk pulak..redho jer la pakcik..dunia ini penuh sandiwara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian mangsa tak pasal2 kene pukul |
|
|
|
|
|
|
|
Iols yg baru 30s ni kalo terlanggar pintu pun sakit, apatah kalo 86 tahun kena pukul. X dpt iols bygkan kesakitannya. X mkn ubat ke org x siuman tu |
|
|
|
|
|
|
|
87 tahun? apa rahsia pakcik
Mujur tak mati kena pukul dengan kerusi kot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|